Kata Pengantar

Buku Terbahasan 'Ana' (Aku) dan Zarah' ini merupakan salah satu buku yang dinukilkan dari gugusan karangan oleh seorang tokoh terkenal dari Republik Turki. Beliau adalah Badiuzzaman Said Nursi. Buku hasil karangan beliau ini cukup berwibawa dan sesuai untuk ditatapi oleh segenap lapisan masyarakat khususnya golongan cendekiawan. Buku ini sedikit sebanyak telah menggambarkan pemikiran beliau yang melangkaui zamannya. Buku ini merupakan antara buku yang begitu kritis dalam membahaskan kunci persoalan 'ana' sekiranya pembaca ingin menerokai khazanah keilmuan Islam dari sudut falsafah dan pemikiran baru. Buku ini merupakan satu wahana untuk pembaca menemuinya.

Saya rakamkan rasa bangga saya ke atas hasil terjemahan kitab besar ini ke dalam Bahasa Malaysia, justeru ia merupakan penyebaran maklumat secara lebih telus dan ini merupakan satu lowongan yang perlu digapai oleh segenap lapisan masyarakat Melayu, khususnya. Umat Melayu kini tidak seharusnya merasa kerdil dalam menimba ilmu lantaran telah ramai pakar penterjemah yang telah mencurahkan jerihnya agar umat Melayu diwarnai dengan citra keilmuan.

Salam hormat dari saya.

 

DATO’ HAJI ALWI BIN MUHAMAD

Pengarah

Yayasan Islatn Terengganu

Kata Pengantar

Dari Pengarang

Badiuzzaman Said Nursi (r.h) merupakan tokoh tajdid yang ter-kenal di Turki khasnya dan Asia Barat amnya. Sayangnya ketokohan beliau belum terserlah baik di Malaysia mahupun di' Asia Tenggara. Alhamdulillah, sempena menyambut kedatangan alaf baru, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengambil inisiatif menganjurkan Muktamar Gerakan Tajdid Menjelang Abad Ke-21: Peranan Badiuzzaman Said Nursi, bertaraf antarabangsa, di UKM, pada 21 hingga 22 Ogos, 1999.

Sempena muktamar itu, urusetia berhasrat menerbitkan terjemahan 3 daripada 9 jilid besar karya Said Nursi (1876 - 1960). Sayangnya, kerana beberapa masalah, rancangan suci itu nampaknya kecundang. Namun, beberapa individu yang sanggup bertungkus-lumus telah berjaya menterjemahkan fasal-fasal tertentu dalam jilid berkenaan.

Sebagai hasilnya, buku kecil ini merupakan terjemahan kepada Kulliyat rasa'il al-nur , jilid 1: al-Kalimat, terjemahan Ihsan Qasim al-Salihi (asalnya dalam bahasa Turki), halaman 634-665 (Istanbul, 1419/1998).

Antara keistimewaan Said Nursi ialah beliau menyelidiki agama dengan manhaj yang berbeza dengan cara gaya ulama sebelumnya. Baginya, perlulah disepadukan ilmu pengetahuan moden dengan ilmu agama di samping menyelidiki dasar-dasar kepercayaan menurut manhaj yang sesuai dengan pennkiran moden. Sebagai seorang guru, beliau melayan setiap pertanyaan muridnya. Dari sini beliau membahas setiap masalah dalam Rasail al-nur dengan baik dan meyakinkan sehingga dapat dimengerti oleh "murid-murid" dan setiap lapisan masyarakat. Kerana itu dia sering memberi contoh sederhana apabila menerangkan aspek-aspek keyakinan yang begitu mendasar dan mendalam.

Harapan dan rancangan besar kami ialah meneruskan usaha pen-terjemahan kesembilan-sembilan jilid besar berkenaan. Semoga Allah memberkati usaha murni kami ini. Kepada setiap pihak yang sudi memberi bantuan sehingga terbitnya buku ini, secara langsung ataupun tidak, khasnya Yayasan Islam Terengganu, saya mengucapkan ribuan terima kasih danjazakumu'Llah khayran kathira.

PROF. MADYA DR. H.M. BUKHARI LUBIS

Editor

Merangkap

Timbalan Pengerusi

Muktamar Gerakan Tajdid Menjelang Abad Ke-21:

Peranan Badiuzzaman Said Nursi

Mukadimah

Sebahagian kalimah ke-30, kalimah ini membongkar

teka-teki alam, menjadi tangkal alam, serta menyelesaikan salah satu rahsia agung al-Qur'an al-Hakim.

Satu huruf daripada kitab ‘ana’ yang maha besar

Satu noktah daripada lautan iarah yang agung

Pertama:  membahaskan hakikat dan natijah 'ana'.

Kalimah ini mengandungi dua tujuan.

Kedua: membincangkan gerakan dan tugas-tugas zarah.

 

Tujuan Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Pirman Allah (s.w.t):

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggung-jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana mercka tiada persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusiajdengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) scsiingguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. "

(Al-Ahzab 33:72)

Kami hanya akan mengisyaratkan satu permata sahaja daripada permata-pennata khazanah terbesar daripada ayat yang mulia di atas. Permata tersebut ialah bahawa arnanah yang enggan dipiku! oleh langit, bumi dan gunung-ganang mempunyai beberapa pengertian dan banyak sudut. Salah satu pengerlian dan sudut tersebut ialah perkataan 'ana' yang bermaksud ‘saya’

Ya! Perkataan 'ana' merupakan satu biji benih, yang menumbuhkan sepohon pokok Tuba, (Lihat al-Qur'an, al-Ra'd   13. 29.) pokok yang bercahaya, lagi besar. la juga menumbuhkan sepohon zaqum yang menggerunkan. Kedua-dua pohon tersebut menghulur dan menyebarkan dahan serta rantingnya ke seluruh alam insani semenjak dari Adam (a.s) sehingga waktu kini.

Sebelum kita mengharungi hakikat yang luas ini, kami akan membawa satu mukadimah yang akan memudahkan kita memahami hakikat tersebut.

Mukadimah

Perkataan 'ana' ialah anak kunci yang akan membuka khazanah tersembunyi bagi nama-nama Allah yang baik (al-asma' al-husna), sebagaimana ia juga akan membuka pintu-pintu alam yang terkunci. la sendiri merupakan tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil. Tetapi dengan mengetahui apakah hakikat 'ana', tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil tersebut akan terungkai dan terdedah, seterusnya akan terbukalah teka-teki dan khazanah alam yang wajib ada ini.

Secara khusus kami telah membincangkan permasalahan ini di dalam risalah "satu hiduan daripada bayu hidayat al-Qur'an" (Shammah min nasim hidayat al-Qur 'ari) sebagaimana berikut:

"Ketahuilah! Bahawa anak kunci alam berada di dalam tangan manusia dan pada dirinya sendiri. Meskipun segala makhluk yang ada merupa-kan pintu-pintu pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia terkunci. Allah (s.w.t) meletakkan anak kunci pintu-pintu tersebut pada diri manusia sebagai barang amanah yang membolehkannya membuka kesemua pintu tersebut. Anak-anak kunci itu juga diletakkan oleh Allah pada manusia sebagai tangkal yang membolehkannya membuka khazanah-khazanah Pencipta alam ini yang tersembunyi. Anak kunci-nya ialah hakikat perkataan 'ana' yang terdapat pada engkau (wahai manusia). Tetapi perkataan 'ana' itu sendiri juga menjadi suatu misteri dan tangkal yang terkunci. Apabila anda berjaya membuka 'ana' dengan mengetahui hakikatnya yang dapat dibayangkan dan rahsia kejadiannya, nescaya akan terbukalah tangkal segala makhluk yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan selepas ini:

Sesungguh Allah (a.w.j) telah meletakkan satu amanah pada tangan manusia, iaitu 'ana' yang mengandungi beberapa isyarat.dan contoh yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui beberapa hakikat sifat rububiyah Allah dan hal ehwal-Nya yang mulia lagi suci. Atau dengan kata-kata lain, 'ana' menjadi satu unit sukatan atau ukuran untuk mengetahui sifat-sifat dan hal ehwal rububiyah dan uluhiyah Allah (s.w.t).

Sebagaimana yang dimaklumi, sesuatu unit sukatan atau ukuran tidak semestinya wujud dari segi hakikat. Bahkan mungkin sesuatu unit sukatan dan ukuran itu ditetapkan berdasarkan andaian dan khayalan semata-mata, sebagaimana gansan-gansan yang diandaikan dalam ilmu kejuruteraan. Maksudnya 'ana' tidak semestinya mempunyai kewujudan yang hakiki, iaitu diketahui dan dipastikan.

Soalan: Kenapakah makrifat kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah berhubung dengan 'keakuan' (ananiyah) (Yang dimaksudkan di sini bukanlah sifat keakuan yang tercela itu, tetapi perkataan ini diambil daripada perkataan 'ana' yang bermaksud saya atau aku.) manusia?

Jawapan: Sesuatu yang mutlak dan meliputi segala sesuatu, tidak mempunyai batas sempadan dan penamatan. la tidak boleh diberikan suatu bentuk dan hukum tertentu, kerana ia tidak mempunyai kewujudan sesuatu bentuk yang menentukan bentuk gambarannya. Oleh itu, hakikatnya tidak boleh dimengerti.

Sebagai contoh: Cahaya yang wujud secara berpanjangan dan terus-menerus, tidak diselangi oleh kegelapan, tidak dapat dirasai dan diketahui kewujudannya, melainkan apabila dibatasi dengan kegelapan, sama ada yang berbentuk hakiki atau pada anggapan sahaja.

Demikianlah juga keadaannya dengan sifat-sifat Allah (s.w.t) seperti ilmu dan kudrat, dan nama-nama-Nya yang baik (al-asma' al-husna) seperti Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengasihani, kerana ia adalah mutlak, tidak mempunyai batas sempadan dan meliputi segala sesuatu. Tiada sekutu dan sebanding dengannya. la tidak mungkin diliputi atau dibatasi dengan sesuatu. Oleh itu, hakikatnya tidak boleh diketahui dan tidak dirasakan kewujudannya. Kerana itu, mestilah diletakkan suatu anggaran atau anggapan sempadan yang dikhayalkan kewujudannya kepada sifat-sifat dan nama-nama yang mutlak tersebut, untuk menjadi alat bagi memahaminya. Inilah apa yang dilakukan oleh 'keakuan', kerana seseorang akan menggambarkan di dalam dirinya sifat njbubiyah (ketuhanan), malikiyah (pemilikan), kudrat dan ilmu lalu diberikannya sempadan tertentu yang dianggarkan kewujudannya bagi sifat-sifat yang menyeluruh dan nama-nama yang mutlak, lalu - sebagai contohnya - dia akan berkata: "Dari sekian tempat ke sekian tempat, kawasanku dan yang selepasnya kembali kepada sifat-sifat tersebut." Seolah-olah dia meletakkan sejenis pembahagian. Dengan itu dia bersedia untuk memahami hakikat sifat-sifat yang tidak bersempadan itu, sedikit demi sedikit, berdasarkan neraca dan ukuran kecil lagi mudah yang dimilikinya.

Sebagai contoh juga, dengan rububiyah yang difantasikan kewujudan-nya berada di bawah kekuasaannya terhadap benda-benda miliknya, dia memahami rububiyah Tuhan Yang Maha Mencipta secara mutlak yang meliputi seluruh benda yang wujud.

Dengan sifat pemilikannya yang zahir, dia memahami sifat pemilikan Pencipta yang hakiki, lalu dia berkata: "Sebagaimana aku pemilik rumah ini, maka Allah (s.w.t) juga pemilik kepada alam ini."

Dengan ilmunya yang sedikit, dia mengetahui ilmu Allah yang mutlak.

Dengan sedikit kemahirannya yang diperolehi melalui pengalaman dan latihan, dia mengetahui keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Mencipta, lalu dia berkata: "Sebagaimana aku dapat menghias dan menyusun atur rumah ini, begitu juga mesti ada orang yang mencipta dan menyusun atur dunia ini."

Demikianlah seterusnya. Terangkum di dalam perkataan 'ana' ribuan hal, sifat dan perasaan yang tersembunyi di bawahnya ribuan rahsia yang terkunci dan sedikit banyak mampu untuk menunjuk dan men-jelaskan kesemua sifat dan hal Allah yang bijaksana itu.

Perkataan 'ana' tidak mengandungi apa-apa makna pada dirinya, tetapi ia menunjukkan sesuatu makna yang ada pada benda lain, seperti cermin yang membalikkan bayangan, seperti unit sukatan atau ukuran tertentu, seperti sejenis alat yang membongkarkan sesuatu. Secara katawi maknanya ialah bahawa ia merupakan seurat rambut yang sensitif danpada tali kewujudan manusia yang hebat. la menjadi benang halus danpada tenunan pakaian hakikat kemanusiaan. la merupakan huruf alif yang terdapat pada kitab keperibadian anak-anak Adam, kerana huruf itu mempunyai dua sudut:

Satu sudut tertuju ke arah kebaikan dan kewujudan. Melalui sudut ini, dia (manusia) hanya menerima limpahan yang dituangkan ke atasnya sahaja, kerana dari sudut ini dia tidak mampu untuk mengadakan sesuatu. Jadi dia bukan seorang 'pembuat', kerana tangannya tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan untuk mengadakan.

Satu sudut lagi tertuju ke arah kejahatan dan membawa kepada 'ketiadaan'. Dari sudut ini, dia menjadi 'pembuat' dan tuan punya perbuatan itu.

Seterusi.ya hakikat 'ana' itu hartiah, iaitu ia hanya menunjukkan makna yang terdapat pada benda lain (bukan pada dirinya). Maka rububiyah-nya merupakan suatu yang khayali, kewujudannya lemah sehingga zatnya sendiri tidak mampu untuk menanggung apa-apa, bahkan tidak mampu untuk ditanggung apa-apa ke atasnya. la hanyalah neraca penimbang, yang menerangkan tentang sifat-sifat Allah Taala yang mutlak dan meliputi segala sesuatu, persis seperti neraca kepanasan, neraca udara dan neraca-neraca lain yang menerang dan menjelaskan tentang sukatan, ukuran dan darjah sesuatu benda yang disukat.

Seseorang yang memahami hakikat 'ana' melalui sudut ini dan tunduk kepadanya, kemudian dia beramal berdasarkan tuntutannya, dia ter-masuk di kalangan orang yang diberikan berita baik, melalui firman Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia'bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."

(Al-Shams 91:9)

Dia juga telah menunaikan amanah dengan sebenar. Melalui kaca mata 'ana', dia memahami hakikat alam kewujudan dan tugas-tugas yang dilaksanakan olehnya. Ketika jiwanya memperolehi apa-apa maklumat dari pelbagai ufuk luaran, akan ada sesuatu daripada 'ana' yang membenarkannya, lalu maklumat-maklumat tersebut tertanam di dalam jiwanya sebagai ilmu-ilmu yang bercahaya dan hikmat kebijaksanaan yang benar. la tidak bertukar menjadi kegelapan yang sia-sia.

Ketika 'ana' melaksanakan tugasnya dalam bentuk ini, dia akan me-ninggalkan rububiyah dan pemilikannya yang diandaikan kewujudan-nya itu - yang hanya merupakan unit ukuran atau sukatan sahaja - lalu dia menyerahkan pemilikan hanya untuk Allah sahaja dengan dia berkata: "Bagi-Nya kerajaan (pemilikan), bagi-Nya kepujian, bagi-Nya hukuman dan kepada-Nya kamu dikembalikan." Dengan itu dia telah memakai pakaian ubudiyah yang sebenar dan dia telah meningkat kepada satu maqam yang lebih baik.

Tetapi jika 'ana' itu lupa kepada hikmat penciptaannya, lalu melihat kepada dirinya dengan makna namanya sahaja, dengan meninggalkan tugasnya yang fitri itu, dengan mengiktikadkan bahawa dia itu pemilik, maka dia sebenarnya telah mengkhianati amanah dan termasuk ke dalam golongan orang yang telah diberikan amaran oleh Allah melalui frman-Nya:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). "

(Al-Shams 91:9)

Demikianlah. Sesungguhnya ketakutan langit, bumi dan gunung-ganang untuk memikul amanah dan kegerunan mereka terhadap syirik yang diandaikan berlaku, terbit dahpada sudut 'keakuan' ini yang melahirkan segala jenis kesyirikan, kejahatan dan kesesatan.

Ya! Sesungguhnya cana', sekalipun hanya memiliki huruf alif yang lembut, benang yang halus dan garisan yang diandaikan kewujudannya, tetapi jika hakikatnya tidak diketahui, ia akan membesar secara ter-sembunyi - umpama biji benih yang membesar di dalam tanah - sedikit demi sedikit, sehingga tersebar di seluruh kewujudan manusia, lalu menelannya (kemanusiaan) umpama seekor ular yang besar. Lalu seluruh manusia itu, dengan semua perasaan dalamannya menjadi hakikat 'ana'. Kemudian 'keakuan' terhadap jenis manusia akan mula meniupkan semangat perkauman dan asabiyah, sehingga semangat itu menjadi bertambah teguh dengan bersandarkan 'keakuan' itu dan akhirnya ia menjadi seperti syaitan yang direjam dengan mencabar dan menentang segala perintah Allah. Kemudian dia mula mengukur dan menyukat semua manusia, bahkan setiap benda terhadap dirinya berdasarkan hawa nafsunya. Dia membahagi-bahagikan kerajaan Allah kepada benda-benda tersebut dan kepada sebab-sebab yang menyebabkan dia terjatuh ke dalam lembah kesyirikan yang besar, sebagaimana yang tergambar dengan jelas dari pengertian makna firman Allah (s.w.t):

Maksudnya: "Sesungguhnyaperbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. " (Luqman 31:13)

Bandingannya sama dengan seseorang yang mencuri empat puluh dirham daripada harta kerajaan, maka dia terpaksa memberikan satu dirham kepada setiap kawan yang hadir bersamanya agar mereka merelakan perbuatan mahu curinya itu. Begitu juga orang yang berkata: "Aku pemilik diriku", dia pasti akan berkata dan mempercayai bahawa segala sesuatu merupakan milik dirinya!

Demikianlah 'ana' dalam kedudukannya ini terlibat dengan peng-khianatan terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. la sesungguhnya berada dalam kejahilan mendalam, bahkan ia adalah yang paling jahil di kalangan orang-orang yang jahil. la teraba-raba di lembah kejahilan yang melampau walaupun ia mengetahui banyak ilmu dan seni. Ini kerana cahaya-cahaya makrifat yang tersebar di seluruh pelosok dunia yang ditangkap oleh panca indera dan pemikiran-nya tidak menjumpai sesuatu yang membenarkannya, memberikannya cahaya dan mengekalkannya di dalam jiwanya. Kerana itu, semua pengetahuan itu terpadam bahkan menjadi kegelapan yang pekat, disebabkan segala ilmu yang memasuki dirinya dicelup dengan celupan dirinya yang memang berada di dalam kegelapan yang pekat. Sekalipun didatangi oleh hikmat kebijaksanaan yang mutlak dan mengagumkan, jiwanya tetap diselimuti dengan pakaian kesia-siaan yang mutlak, kerana warna 'ana' dalam keadaan ini dicelupi oleh kesyirikan dan penanggalan sifat-sifat yaijg mulia bagi Tuhan Yang Maha Mencipta, serta pengingkaran kewujudan-Nya. Bahkan jika seluruh dunia ini dipenuhi dengan tanda-tanda kebesaran-Nya yang jelas dan lampu-lampu yang membawa hidayah, nescaya noktah hitam yang terdapat pada 'ana' akan menggerhanakan segala cahaya yang datang dan menghijabkannya daripada berupaya menampakkan dirinya.

Dalam Kalimah Yang Kesebelas, kami telah menghuraikan tentang hakikat kemanusiaan dan keakuan yang terdapat dalam kemanusiaan itu dari sudut makna katawinya. Di sana, kami telah membuktikan dengan kukuh bagaimana keakuan itu menjadi suatu neraca yang sensitif bagi alam ini. la juga merupakan ukuran atau sukatan yang tepat dan halus, indeks yang menyeluruh dan meliputi, peta yang tuntas, cerminan dan penilaian yang sempurna.

Di sini kami mengakhiri mukadimah ini, berpada dengan penghuraian yang terdapat di dalam risalah tersebut.

Wahai saudara pembaca! Jika anda menguasai mukadimah ini, maka marilah sama-sama kita memasuki hakikat itu sendiri.

Sesungguhnya dalam sejarah kemanusiaan, semenjak zaman Saidina Adam (a.s) hinggalah masa kini, terdapat dua aliran dan rantaian pemikiran yang besar. Kedua-duanya berjalan merentasi zaman dan masa, seolah-olah kedua-duanya merupakan dua batang pokok yang besar, yang mengembangkan dahan dan rantingnya ke seluruh penjuru, dan kepada setiap peringkat kemanusiaan.

Pertama: Rantaian kenabian dan agama.

Kedua: Rantaian falsafah dan hikmah (kebijaksanaan).

Apabila kedua-dua rantaian ini bersatu dan bercantum, pada satu-satu masa atau zaman, maka falsafah akan berada dalam lindungan agama, berpaut dan taat kepadanya. Kemanusiaan pula akan mengalami kehidupan yang bahagia dan memperolehi kehidupan kemasyarakatan yang sentosa. Tetapi apabila berlaku perpecahan dan perpisahan antara kedua-duanya, maka segala cahaya dan kebaikan akan berhimpun di sekitar rantaian kenabian dan agama, manakala segala keburukan dan kesesatan akan berhimpun di sekitar rantaian falsafah.

Sekarang mari kita perhatikan punca dan asas kepada setiap rantaian tersebut:

Rantaian falsafah yang menderhaka kepada agama, tergambar di dalam bentuk sepohon pokok zaqum keji yang menyebarkan kegelapan kesyirikan dan kesesatan di sekitarnya, sehingga ia memberikan buah-buahan berbentuk fahaman ateisme, materialisme dan naturalisme kepada akal manusia melalui dahan kekuatan akalnya. Manakala melalui dahan kekuatan kemarahannya, ia mencampakkan buah-buahan kezaliman Namrud, Fir'aun dan pemerintah zalim (Memanglah falsafah kuno Mesir dan Babylon yang mencapai tahap sihir atau disangkakan sebagai sihir kerana ia terbatas kepada golongan tertentu itulah yang mernelihara dan mendakap para Fir'aun dan Namrud dalam peliharaannya. Begitu juga, lumpur dan paya falsafah tabi'i menempatkan tuhan-tuhan kc dalam akal ahli falsafah Yunan kuno serta melahirkan pelbagai berhala. Pastilah benar, seseorang yang terhijab daripada nur Allah dengan dinding semula jadi (nature) akan mengurniakan sifat uluhiyah kepada setiap sesuatu, kemudian ia memberikannya juga kepada dirinya sendiri. - Pengarang. ) yang lain ke dalam kepala manusia. la juga membesarkan buah-buahan tuhan, berhala dan pendakwa ketuhanan melalui dahan kekuatan syahwat kebinatangan.

Di samping pohon zaqum yang keji ini, terdapat sepohon tuba yang hanya beribadat kepada Allah. Inilah pohon rantaian kenabian. la membuahkan buah-buahan yang segar lagi lazat di dalam kebun bebola bumi dan menghulurkannya kepada kemanusiaan. Dari dahan kekuatan akalnya lahirlah para nabi, rasul, siddiq dan para wali yang salih, me-lalui gugusan-gugusan yang mudah dipetik. la juga melahirkan para pemerintah yang adil dan raja yang suci ibarat malaikat, melalui dahan kekuatan penolakannya. la juga melahirkan golongan mulia, pemurah dan bermaruah tinggi, yang mempunyai jalan kehidupan yang baik, indah, menjaga kehormatan diri dan bebas dari sebarang ke&alahan. Pohon yang berkat itu mengumumkan bahawa manusia sebenarnya merupakan buah yang paling mulia daripada pohon alam itu.

Begitulah asal pohon yang berkat ini dan punca pohon yang keji itu. Kedua-duanya menjadi sudut kepada 'ana' dan wajah kepadanya. Atau dengan ungkapan lain, 'ana' yang menjadi biji benih asal kepada kedua-dua pohon tersebut, kedua-dua sudut atau wajahnya telah men-jadi punca dan asas kepada setiap pohon tersebut.

Kami akan menerangkan perkara tersebut sebagaimana berikut:

Kenabian berjalan dengan mengambil salah satu sudut atau wajah 'ana'. Falsafah juga datang dengan mengambil sudut atau wajah 'ana' yang satu lagi. Sudut atau wajah pertama yang menilik hakikat kenabian, merupakan punca ubudiyah yang ikhlas kepada Allah. laitu 'ana' yang tahu bahawa dialah hamba Allah dan patuh kepada tuhan yang disembahnya. la juga memahami bahawa hakikatnya adalah seperti hakikat 'huruf yang hanya memberikan makna kepada yang lain. la beriktikad bahawa kewujudannya bersifat mengikut, iaitu kewujudannya ada kerana kewujudan sesuatu lain yang mengadakan-nya. la juga mengetahui bahawa pemilikannya terhadap sesuatu hanyalah khayalan sahaja, iaitu pemilikannya hanya bersifat sementara, pada zahir sahaja dia memiliki dengan keizman yang diberikan oleh pemilik sebenar. Hakikatnya hanyalah bayangan, bukan asli, iaitu ia merupakan makhluk yang bersifat harus sahaja kewujudannya dan lemah, serta ia menjadi bayangan lemah yang membalikkan penjelmaan bagi satu hakikat zat yang wajib wujud lagi bersifat benar (haq). Tugasnya pula ialah melakukan ketaatan kepada tuannya, dengan ketaatan penuh perasaan yang sempurna, kerana ia menjadi neraca untuk mengetahui sifat-sifat penciptanya dan sukatan atau ukuran untuk memahami hal ehwal-Nya.

Begitulah sudut pandangan para nabi dan rasul (a.s), serta golongan asfiya' dan awliya' yang mengikut mereka, terhadap 'ana'. Mereka menyaksikannya berdasarkan hakikatnya itu. Lalu mereka menemui hakikat yang sebenar. Mereka menyerahkan kerajaan seluruhnya kepada Tuhan yang memiliki kerajaan lagi maha agung. Mereka semua mengaku bahawa tuhan tersebut tidak mempunyai rakan kongsi, bandingan dan umpama, pada rububiyah dan pada uluhiyah-Nya. Dia-lah tuhan yang mengatasi segala-galanya dan tidak memerlukan apa-apa. Dia tidak mempunyai penolong dan menteri. Pada tangan-Nya terdapat punca segala sesuatu dan Dia amat berkuasa ke atas segala-galanya. Sebab-sebab yang ada, hanyalah langsir dan hijab zahir yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Tabiat hanyalah syariat-Nya yang sejadi dan sekumpulan undang-undangnya yang berjalan di dunia ini, sebagai menzahirkan kekuasaan dan kebesaran-Nya.

Sudut yang bercahaya dan indah ini, adalah seperti sebiji benih hidup yang mempunyai maksud dan hikrnat tertentu. Daripadanya, Allah (s.w.t) menciptakan pohon tuba al-cubudiyah. Dahan-dahannya yang berkat terjulur ke seluruh dunia kemanusiaan dan menghiasinya dengan buah-buahan yang enak dan gemilang, serta menghapuskan kegelapan masa lampau seluruhnya. la juga membuktikan dengan sesungguhnya bahawa zaman yang lampau itu bukanlah sebuah perkuburan luas lagi menakutkan dan medan untuk melakukan hukuman bunuh yang menggerunkan sebagaimana dipandang oleh falsafah, bahkan ia men-jadi sebuah taman daripada taman-taman cahaya, bagi roh-roh yang telah mencampakkan bebanannya yang berat untuk membebaskan diri meninggalkan dunia. la adalah paksi putaran cahaya dan tangga ber-cahaya yang mempunyai tingkat-tingkat yang berbeza bagi roh-roh yang ingin kembali berpindah ke dunia akhirat dan kepada masa depan yang gemilang dan kebahagiaan yang abadi.

Sudut kedua pula yang diambil oleh falsafah yang memandang kepada 'ana' berdasarkan maknanya dari segi 'ism' (kata namanya) sendiri. laitu dengan ia mengatakan bahawa 'ana' menunjukkan kepada makna yang ada pada dirinya sendiri.

Falsafah memutuskan bahawa makna perkataan 'ana* terdapat pada dirinya sendiri dan ia bekerja untuk kepentmgan dirinya sahaja. la juga menerima bahawa kewujudan 'ana' itu asli dan berdiri dengan sendirinya, bukan sekadar bayangan sahaja. la mempunyai kepenbadian yang tersendiri khusus untuknya.

la juga mendakwa bahawa 'ana' mempunyai hak dalam kehidupan, bahawa dia menjadi pemilik hakiki di dalam batasan sempadan pengurusannya dan ia menyangka bahawa dakwaannya itu merupakan sesuatu yang hakikat dan dapat dibuktikan.

la juga memahami bahawa tugasnya ialah berusaha untuk melakukan peningkatan dan penyempurnaan diri, yang lahir dahpada kecintaannya kepada dirinya sendiri.

Demikianlah mereka menyandarkan laluan mereka di atas dasar yang banyak dan rosak. Mereka membinanya di atas asas-asas yang runtuh dan lemah itu. Kami telah membuktikan dengan pasti, tentang sejauh mana keremehan dan kerosakan asas-asas tersebut di dalam banyak risalah kami, terutamanya dalam al-Kalimat dan terutamanya lagi dalam Kalimah Kedua Belas dan Kalimah Kedua Puluh Lima yang khusus membicarakan mukjizat-mukjizat al-Qur'an.

Para pembesar, perintis dan pelopor falsafah seperti Plato, Aristotle, Ibn Sina dan al-Farabi telah beriktikad - berdasarkaij asas-asas yang rosak itu - bahawa matlamat terakhir bagi kesempumaan kemanusiaan ialah 'menyerupakan diri' dengan yang wajib wujud, iaitu Tuhan Yang Maha Mencipta. Mereka menamakan ini sebagai hukum pemerintahan Fir'aun yang melampaui batasan. Mereka menyediakan jalan bagi kebanyakan golongan-golongan yang terseret ke dalatn berbagai-bagai jenis kesyirikan seperti penyembah sebab, penyembah berhala, pe-nyembah tabi'i (nature) dan penyembah bintang, dengan membangkit-kan 'keakuan' agar berjalan bebas di lembah-lembah syirik dan ke-sesatan. Mereka menutup jalan ke arah ubudiyah kepada Allah. Mereka mengunci pintu-pintu kelemahan, kedaifan, kefakiran, kemiskinan, keperluan dan kekurangan yang terdapat dalam fitrah manusia. Lalu mereka sesat di dalam lumpur semula jadi, sama sekali tidak selamat daripada paya kesyirikan dan tidak mendapat panduan ke arah pintu kesyukuran yang luas itu.

Manakala mereka yang beradaMi atas jalan kenabian, mereka telah melakukan hukuman yang dipenuhi dengan ubudiyah yang ikhlas kepada Allah Yang Maha Esa. Mereka memutuskan bahawa matlamat terakhir bagi kemanusiaan dan tugas asasinya ialah berakhlak dengan akhlak ketuhanan, iaitu menghiaskan diri dengan pelbagai ciri mulia dan sifat terpuji yang diperintahkan oleh Allah. Juga manusia hendak-lah menyedari kelemahannya lalu dia berlindung kepada kudrat Allah; melihat kelemahannya lalu dia mempertahankan dirinya dengan kekuasaan Allah; menyaksikan kefakirannya, lalu dia berlindung dengan rahmat Allah; melihat kehajatannya, lalu dia mengambil daripada kekayaan Allah, mengetahui kekurangannya, lalu dia benstightar kepada Allah; dan menyedari kekurangannya, lalu dia bertasbih dan menyucikan kesempurnaan Allah (s:w.t.).

Oleh sebab falsafah yang menderhaka kepada agama telah sesat sejauh-sejauhnya, maka 'ana' telah menjadi pemegang kepada segala urusan-nya, dan bergegas-gegas menuju setiap jenis kesesatan.

Demikianlah bagaimana pohon zaqum tumbuh di atas puncak salah satu sudut 'ana' ini, yang telah menyelubungi separuh daripada ke-manusiaan dengan kesesatannya dan membawa mereka menyeleweng daripada jalan yang lurus. Manakala buah yang dipersembahkan oleh pohon zaqum yang keji itu kepada pandangan manusia, ia merupakan pelbagai berhala dan tuhan yang berada di atas dahan kekuatan kebinatangan yang bersyahwat. Ini kerana falsafah pada dasarnya mengutamakan kekuatan dan menjadikannya asas dan kaedah yang menentukan hala tuju manhajnya, hinggakan dasar 'kekuasaan bagi yang menang' merupakan salah satu perlembagaannya. la juga mengambil prinsip 'kebenaran berada di dalam kekuatan', ('Kenabian' pula hanya memperakui kekuatan yang berada di dalam (digunakan untuk) kebenaran, bukan 'kebenaran beradadalam kekuatan'. Kenyataan ini menolak kezaliman dan merealisasikan keadilan. - Pengarang. ) lantas secara tidak langsung ia mengkagumi kezaliman dan permusuhan, serta menggesa dan mengheret para taghut dan pembesar yang zalim lagi melampaui batas agar mengaku diri sendiri sebagai tuhan.

Falsafah juga memiliki keindahan yang terdapat pada segala makhluk, dan kecantikan rupa paras dan bentuknya, ia memilikinya kepada makhluk dan rupa paras itu sendiri, dengan melupakan bahawa ke-indahan dan kecantikan itu sebenarnya merupakan jelmaan kepada keindahan dan kecantikan suci bagi Tuhan Yang Maha Indah, Cantik, Maha Suci, Pembentuk rupa paras dan Pencipta. Falsafah hanya berkata: "Alangkah cantiknya benda ini!" yang sepatutnya ia berkata: "Alangkah cantiknya penciptaan (kejadian) benda ini!" Dengan ini, falsafah telah menjadikan kecantikan dan keindahan itu sendiri umpama berhala yang berhak untuk disembah!

Falsafah juga memperelok fenomena kemasyhuran dan glamor dan rupa luaran yang indah dengan tujuan riak dan membanggakan diri. Kerana itu, ia mengalu-alukan orang-orang yang riak, mendorong mereka supaya berterusan berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka umpama berhala-berhala yang menjadi hamba kepada orang yang menyembahnya. (Maksudnya, mereka yang seumpama berhala itu menzahirkan suasana-suasana yang menyerupai peribadatan di hadapan para pengagum mereka, demi menarik perhatian mereka dan sebagai memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka. Oleh itu merekalah penyembah dari satu sudut, manakala dari sudut yang lain mereka juga objck yang disembah. - Pengarang.)

Pohon zaqum itu juga membela para Fir'aun, Namrud dan para taghut agar menguasai keseluruhan manusia yang lemah di atas dahan kekuatan kemarahan.

Manakala di atas dahan kekuatan akal pula, ia meletakkan golongan ateis, materialis, naturalis dan yang seumpama mereka yang terdiri daripada buah-buahan yang keji di dalam akal kemanusiaan, lalu menyebabkan akal manusia bercelaru tidak mampu beiiikir dengan sebaiknya.

Untuk menjelaskan hakikat ini, kami membandingkan natijah-natijah yang terhasil melalui asas yang rosak melalui jalan falsafah dan daripada natijah-natijah yang terhasil daripada asas yang benar melalui jalan kenabian. Kami akan membataskan perbincangan ini terhadap beberapa contoh sahaja daripada ribuan perbandingan yang ada.

Contoh pertama:

Antara kaedah kenabian yang diperakui dalam kehidupan peribadi manusia ialah 'berakhlak dengan akhlak Allah'. Yakni hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang ikhlas, berhias dengan akhlak-akhlak-Nya, berlindung dengan lindungan-Nya, mengiktiraf kelemahan, kefakiran dan kekurangan kamu dengan sesungguhnya.

Maka apakah kedudukan kaedah ini jika dibandingkan dengan kata-kata falsafah: "Serupakanlah dirimu dengan (Tuhan) yang wajib (wujud)", yang dijadikan sebagai matlamat tertinggi oleh falsafah bagi kemanusiaan?

Apalah sangat hakikat manusia yang sentiasa bergelumang dengan kelemahan, kedaifan, kefakiran dan keperluan yang tidak terbatas jika dibandingkan dengan hakikat (Tuhan) yang wajib wujud, iaitu Allah Yang Maha Berkuasa, Gagah, Kaya dan Tinggi itu!

Contoh kedua:

Antara kaedah kenabian yang sabit dalam kehidupan sosial, bahawa tolong-menolong merupakan satu perlembagaan yang menguasai alam ini, bermula daripada matahari dan bulan, hingga kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dapat anda perhatikan bahawa tumbuh-tumbuhan membekalkan makanan kepada binatang. Binatang pula membekalkan makanan kepada manusia. Bahkan ketulan-ketulan makanan membekalkan kekuatan dan memperikan pertolongan kepada sel-sel badan.

Bagaimana perlembagaan yang lurus ini, iaitu perlembagaan tolong-menolong, undang-undang kemuliaan dan peraturan pemuliaan ini, dapat dibandingkan dengan perlembagaan 'pertarungan' yang dibawa oleh falsafah yang mengatakan bahawa 'pertarunganlah' yang menjadi pemutus terhadap kehidupan sosial. Perlu diketahui bahawa 'pertarungan' hanya lahir daripada sesetengah golongan zalim dan binatang buas yang mencakar, hasil daripada salah guna yang dilakukan terhadap fitrah mereka. Bahkan falsafah terus tenggelam dalam kesesatan sehingga menjadikan perlembagaan 'pertarungan' sebagai pemerintah yang menguasai seluruh kewujudan ini. Lalu ia memperakukan dengan kebodohan dan kedunguan yang teramat, bahawa kehidupan ini menjadi perdebatan dan per-tarungan semata.

Contoh ketiga:

Antara natijah dan kaedah kenabian yang ideal lagi tinggi dalam bidang tauhid ialah bahawa 'satu tidak lahir melainkan dari satu juga'. laitu setiap sesuatu yang mempunyai unit, tidak lahir melainkan dari satu sahaja, kerana selagi setiap benda itu mempunyai unit yang zahir, maka sudah tentu ia terhasil daripada 'pengadaan' yang dilakukan oleh zat yang satu. Manakala perlembagaan dan akidah kepercayaan falsafah lama pula mengatakan bahawa 'satu tidak melahirkan melainkan satu sahaja'. laitu tidak lahir daripada zat yang satu melainkan satu benda sahaja, kemudian benda-benda lain, lahir atau terhasil melalui perantaraan beberapa benda pengantara. Kaedah falsafah lama ini memberikan sejenis bentuk kesyirikan kepada sebab dan pengantara yang wujud dalam sifat rububiyah. la juga men-zahirkan bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu, Maha Kaya secara mutlak dan tidak memerlukan kepada yang lain, perlu kepada pengantara-pengantara yang lemah. Bahkan mereka telah sesat sejauh-jauhnya dan memberikan nama makhluk kepada al-khaliq (pencipta) sebagai akal pertama! Mereka membahagikan seluruh kerajaan-Nya di antara para pengantara tersebut dan membuka jalan yang luas ke arah syirik yang nyata.

Di manakah kedudukan perlembagaan tauhid kenabian itu jika hendak dibandingkan dengan falsafah lama yang berpenyakit, tercemar dengan syirik dan terpalit dengan kesesatan itu?

Jika golongan al-Ishraqi (Illuminis) yang merupakan golongan ahli falsafah yang paling tinggi nilai falsafah dan kebijaksanaan-nya sudahpun mengucapkan kata-kata yang rendah ini, maka bagaimanakah pula dengan ahli falsafah dan hikmat lain yang terdiri daripada para materialis dan naturalis?

Contoh keempat:

Antara perlembagaan bijaksana kenabian menyebutkan bahawa setiap sesuatu mempunyai banyak hikmat dan manfaat, hingga-kan bilangan buah kepada hikmat itu adalah sama banyak dengan bilangan buah yang terdapat pada sesuatu pokok, sebagaimana yang difahami daripada firman Allah (s.w.t)

Maksudnya: "Dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya. " (Al-Isra' 17:44)

Jika terdapat hanya satu natijah - dahpada penciptaan benda-benda yang mempunyai kehidupan - tertuju kepada makhluk itu sendiri, atau hanya terdapat hanya satu hikmat daripada kewujudannya itu yang kembali kepadanya, nescaya akan terdapat ribuan natijah dan hikmat yang kembali dan tertuju kepada tuhannya yang maha bijaksana dan penciptanya yang maha mulia.

Manakala perlembagaan falsafah pula mengatakan bahawa hikmat dan faedah daripada penciptaan setiap hidupan tertuju kepada dirinya sendiri, atau kembali kepada manfaat dan kepentingan manusia itu sendiri! Kaedah ini merampas banyak hikmat yang dihubungkan dengan segala benda yang wujud dan membenkan sebahagian buah sahaja umpama sebiji sawi jika dibandingkan dengan pohon besar yang hebat, lalu ia menukaikan semua benda yang wujud menjadi sesuatu yang sia-sia.

Di manakah kedudukan kaedah falsafah yang rosak itu - yang pada hakikatnya tidak mempunyai hikmatpun - dan mewarnai semua kewujudan itu jika hendak dibandingkan dengan hikmat benar kenabian?

Kami membataskan perbincangan ini hingga setakat ini sahaja, kerana telah kami bincangkan secara panjang lebar dalam Hakikat Kesepuluh pada Kalimah Kesepuluh.

Dengan itu, boleh anda kiaskan ribuan contoh lain berdasarkan keempat-empat contoh yang telah kami sebutkan di atas. Kami juga telah mengisyaratkan kepada sebahagian daripadanya pada risalah al-Lawamic.

Kerana sandaran falsafah adalah kepada asas-asas yang lemah serta natijah-natijahnya mengecewakan, maka ahli-ahli falsafah Islam yang hebat, yang terpesona dengan kilauan hiasan falsafah, terdorong untuk menuruti jalan itu, umpama Ibn Sina dan al-Farabi. Maka mereka hanya memperolehi darjat iman yang paling rendah sekali, iaitu daijat iman orang biasa. Bahkan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali tidak memberikan mereka darjat tersebut.

Demikian juga dengan para imam al-Muctazilah. Mereka merupakan ulama ilmu kalam yang mempunyai ilmu mendalam. Namun disebab-kan mereka tertitnah dengan falsafah dan hiasannya dan kerana mereka mengeratkan hubungan dengan falsafah dengan menjadikan akal sebagai hakim, mereka tidak memperolehi apa-apa melainkan darjat seorang mukmin peringkat permulaan (mubjtadi") lagi fasiq.

Demikian juga dengan Abu al-cAla* al-Macarri yang merupakan salah seorang tokoh sasterawan Islam yang tersohor dengan pesimistiknya, dan cUmar al-Khayyam yang masyhur dengan ratapan keyatimannya, serta sasterawan-sasterawan lain yang terbilang dan terpedaya dengan falsafah dan yang jiwa ammarah bi al-su' mereka terpesona dengannya, telah menerima tamparan pengajaran dan lempangan penghinaan serta pengkafiran daripada ahli-ahli hakikat dan kesempurnaan. Mereka ditempelak dengan kata-kata: "Wahai orang-orang yang bodoh! Kamu melakukan kebodohan dan akhlak yang buruk. Kamu juga melalui jalan golongan kafir zindiq, bahkan kamu membela dan memeliharanya dalam dakapan kamu!"

Antara natijah kepada falsafah yang rosak itu ialah bahawa 'ana' yang tidak mempunyai zat melainkan hanyalah suatu hakikat yang lemah, seolah-olah seperti udara atau wap sahaja, tetapi dengan pandangan falsafah yang pesimistik, berdasarkan pandangannya terhadap sesuatu dengan pengertiannya sebagai nama (ism), 'ana' itu menjadi cair. Tetapi dengan sebab kejinakan dan ketenggelaman ke dalam kebendaan dan syahwat, ia seolah-olah mengeras semula. Kemudian ia dihinggapi oleh kealpaan dan keingkaran, lalu 'keakuan' itu terbeku semula. Kemudian dengan penderhakaan terhadap titah perintah Allah 'ana' itu menjadi keruh, kehilangan kejernihan dan kehalusannya lalu menjadi pekat. Kemudian ia menjadi keras semula sedikit demi sedikit sehingga la berupaya menelan tuannya. Bahkan 'ana' itu tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi ia mula membesar, membusung dan meluas dalam pemikiran manusia sehingga ia mula menyukat dan mengukur manusia, bahkan sebab-musabab dengan membandmgkannya dengan dirinya sendiri. Lalu dia memakaikan sifat Fir'aun kepada dirinya, sekalipun dia enggan dan meminta per-lindungan daripada memiliki sifat tersebut. Apabila sampai ke tahap itu, dia mula melangkah masuk ke dalam peringkat penentang kepada permtah-perintah Allah, lalu dia sanggup berkata:

Maksudnya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (Yasin 36:78)

Seolah-olah dia mencabar Allah dan menuduh-Nya lemah. Kemudian dia sanggup campur tangan dalam sifat-sifat Allah, lalu dia meng-ingkari atau mengubah suai atau menolak sifat-sifat yang tidak sesuai dengan hawa natsunya, atau yang tidak dikagumi oleh ego kefir'aunan-nya. Contohnya:

Sekumpulan ahli falsafah menamakan Allah (s.w.t) sebagai al-mujib bi al-dhat (yang mewajibkan pewujudan sesuatu dengan zat-Nya), lalu mereka menafikan sifat iradah (berkehendak) dan ikhtiyar (pilihan) daripada Allah. Mereka mendustakan penyaksian seluruh alam terhadap sifat iradah-Nya yang mutlak.

Maha Suci Allah! Alangkah ajaibnya manusia ini! Segala kewujudan, daripada atom sehingga matahari, kesemuanya dengan jelas menunjuk-kan sifat iradah Allah (s.w.t), bagaimana benda-benda itu wujud, tersusun, mempunyai hikmat dan neraca tertentu; bagaimanakah ia tidak bolth dilihat oleh mata falsafah? Semoga Allah membutakan mata mereka!

Sekumpulan ahli falsafah yang lain pula mendakwa bahawa ilmu Allah tidak bergantung dengan juz'iyat, dengan menafikan bahawa ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Mereka juga enggan menerima penyaksian benar seluruh makhluk terhadap keilmuan Allah yang meliputi segala sesuatu.

Falsafah juga mengurniakan sifat 'memberi kesan' kepada sebab-musabab, memberikan sifat 'pengadaan' dan 'penciptaan' kepada tangan semula jadi (nature). la tidak melihat tanda-tanda berkerlipan yang terdapat pada setiap benda wujud yang menunjukkan kepada Tuhan Pencipta Yang Maha Besar — sebagaimana yang telah kami buktikan di dalam Kalimah Kedua Puluh Dua. Di samping itu, ia juga menyandarkan penciptaan sebahagian makhluk yang wujud - yang pada hakikatnya merupakan hasil bentukan tangan Ilahi - kepada semula jadi (nature) yang lemah, beku dan tidak mempunyai perasaan, yang memiliki hanya kebetulan dan kekuatan yang meraba-raba dan buta sahaja. la menjadikan semulajadi (nature) sebagai sumber kepada penciptaan sesuatu dan pemberi kesan terhadapnya! Dengan itu, ribuan hikmat yang terdapat pada segala makhluk yang wujud terlindung tidak dapat dilihat lagi.

Falsafah juga, tidak mendapat petunjuk ke arah pintu akhirat yang luas. la mendustakan kebangkitan semula manusia dan mendakwa bahawa roh bersifat azali. Sedangkan Allah (s.w.t.) dengan segala al-asma' al-husna-Nya., alam dengan segala hakikatnya, nabi-nabi dan rasul-rasul dengan segala hakikat yang mereka bawa dan kitab-kitab langit dengan segala ayatnya yang mulia, menjelaskan bahawa kebangkitan semula dan akhirat pasti akan berlaku, sebagaimana yang telah kami buktikan pada Kalimah Kesepuluh (berkenaan dengan kebangkitan semula manusia selepas kematian).

Dengan ini, anda bolehlah membandingkan keseluruhan permasalahan perbincangan falsafah dengan khurafat-khurafat ini.

Ya! Seolah-olah syaitan menyambar akal ahli falsafah yang mulhid itu dengan paruh, kuku dan taring 'ana' dan mencampakkannya ke lembah kesesatan, lalu dicarik-carikkannya dengan teruk sekali.

'Ana' di alam yang kecil (iaitu alam manusia), sama dengan semula jadi (nature} di maya yang luas. Kedua-duanya merupakan taghut. Pirman Allah (s.w.t)

Maksudnya: "Oleh itu, sesiapa yang tidak mempercayai Taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Al-Baqarah 2:256)

Lapan tahun sebelum saya mengarang risalah ini, saya telah melihat satu kejadian khayalan. Ketika itu saya berada di Istanbul pada bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu juga, Sacid Lama yang sedang menyibukkan diri dengan falsafah, hampir bertukar untuk menjelma menjadi Sacid Baru. Ketika saya memerhatikan tiga jalan yang di-isyaratkan pada akhir Surah al-Fatihah, iaitu firman Allah: (***)

saya melihat kejadian khayali tersebut, iaitu satu kejadian yang menyerupai sebuah mimpi. Ketika itu, saya merakamkan kejadian itu di dalam kitab saya yang bertajuk al-Lawamic dalam bentuk pelancongan khayalan dan menyerupai puisi. Sekarang, sudah tiba masanya untuk saya menerang dan menghuraikan maknanya, kerana ia menjelaskan lagi hakikat yang tersebut di atas.

Saya melihat diri saya berada di tengah padang pasir yang amat luas. Langit bergelora dengan awan yang hitam pekat. Nafas hampir tersekat. Tiada bayu, tiada cahaya, tiada air. Semuanya hilang.

Saya terbayang seolah-olah bumi ini dipenuhi dengan binatang-binatang buas dan memudaratkan. Lalu terlmtas di dalam hati saya bahawa di sebelah sana bumi terdapat angin sepoi-sepoi bahasa, air yang lazat dan cahaya yang indah. Oleh itu saya mesti melintas untuk pergi ke sana. Kemudian saya mendapati saya ditarik menuju ke tempat tersebut tanpa kehendak saya. Saya memasuki sebuah gua di dalam tanah umpama terowong yang menembusi gunung. Saya berjalan, selangkah demi selangkah di dalam perut bumi. Saya melihat ramai orang telah mendahului saya melalui jalan tersebut yang berada di dalam perut bumi itu, tetapi mereka tidak meneruskan perjalanan mereka kerana mereka tetap berada di tempat mereka dalam keadaan tercekik. Saya melihat kesan-kesan tapak kaki mereka dan kadang-kadang terdengar suara beberapa orang daripada mereka. Kemudian suara-suara mereka terputus tidak kedengaran lagi.

Wahai saudaraku yang menemaniku dalam perjalanan khayalanku ini!

Bumi itu ialah tabiat (nature) dan falsafah tabi'i. Manakala terowong itu pula merupakan jalan yang dilalui oleh ahli falsafah dengan pemikiran mereka bagi mencapai hakikat. Kesan-kesan tapak kaki yang saya lihat pula menjadi kepunyaan ahli-ahli falsafah yang tersohor seperti Platr» dan Aristotle (Jika anda berkata, siapakah anda sehmgga anda dapat menandingi mereka yang tersohor itu? Adakah anda menjadi umpama lalat yang cuba campur tangan untuk terbang bersama-sama dengan banyak helang yang besar? Saya menjawab, kerana saya mempunyai seorang ustaz yang agung, iaitu al-Qur'an al-Kanm, maka saya rasa tidak terpaksa untuk mempedulikan sedikitpun - dalam perjalanan mencari hakikat dan maknfat - helang-helang yang hebat itu, yang menjadi murid kepada falsafah yang tercemar dengan kesesatan dan akal yang teruji dek angan-angan. Walaupun kedudukan saya lebih rendah satu darjat danpada kedudukan mereka, namun usta/ mereka jauh lebih rendah tidak terhingga, jika dibandingkan dengan kedudukan ustaz saya. Dengan kelebihan dan ketinggian hemah yang terdapat pada ustaz saya, bahan-bahan cairan yang menenggelamkan mereka, tidak berjaya walaupun hanya untuk membasahkan kaki saya. Ya! Seorang tentera biasa yang menjalankan penntah dan undang-undang seorang raja yang hebat, mampu melaksanakan pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh seorang jeneral yang bekerja di sisi seorang raja yang tidak berkuasa. – Pengarang) . Suara-suara yang saya dengar ialah suara orang yang pintar seperti Ibn Sina dan al-Farabi. Ya, saya pernah menjumpai kata-kata Ibn Sina dan beberapa undang-undangnya di beberapa tempat, namun suara itu terus terputus sama sekali. Ini menunjukkan bahawa dia tidak mampu untuk terus maju ke hadapan, kerana sudah tercekik. Walau bagaimanapun, saya telah menjelaskan kepada anda sebahagian hakikat yang tersembunyi dalam khayalan untuk mengurang dan meringankan kerinduan anda. Sekarang marilah kita kembali kepada kisah perjalanan atau pelancongan saya!

Saya terus berjalan, tiba-tiba terdapat dua benda berada di dalam tangan saya.

Pertama: Sebuah lampu elektrik yang memecah kegelapan tabi'i yang berada di bawah bumi.

Kedua:  Sebuah alat besar yang menghancurkan ketulan-ketulan batu sebesar gunung, lalu terbuka sebuah jalan di hadapan saya.

Ketika itu, dibisikkan ke telinga saya: "Kedua-dua lampu dan alat itu, dikurniakan kepada engkau daripada khazanah al-pur^an." Demikian-lah keadaan saya sehingga saya berjalan beberapa ketika lagi dalam keadaan tersebut. Kemudiannya saya mendapati din saya sudah sampai ke sebelah sana. Tiba-tiba matahari memancarkan cahaya ke langit bersih, cantik dan tidak mempunyai awan, pada musim bunga yang indah permai. Bayu bertiup seolah-olah mempunyai roh. Air lazat, segar dan sejuk mengalir. Saya melihat satu alam yang diliputi oleh kegembiraan dan dipenuhi oleh kegirangan di segenap penjuru, lalu saya memuji Allah.

Kemudian saya melihat kepada diri saya, lalu saya mendapati bahawa saya tidak memiliki dan tidak mempunyai kekuasaan ke atas semuanya itu. Bahkan salah seorang -daripada mereka mencuba menguji saya. Tiba-tiba saya dapati diri saya sekali lagi berada di padang pasir yang amat luas. Awan tebal menggunungi bumi lalu keadaan menjadi gelap pekat. Pernafasan hampir tercekik kerana kesempitan. Saya merasa ada seorang pemandu yang membawa saya ke jalan yang lain. Tiba-tiba saya melihat bahawa pada kali ini, saya berjalan di atas permukaan bumi, bukan di dalam perut bumi, menuju ke sebelah sana bumi. Dalam perjalanan ini, saya melihat beberapa perkara yang menakjubkan dan pemandangan-pemandangan ganjil yang tidak mampu untuk digambarkan; laut kelihatan marah terhadap saya, angin puting beliung mengancam saya dan setiap benda mencampakkan halangan dan kesukaran di hadapan perjalanan saya itu. Tetapi segala kesukaran itu dipermudah dengan kelebihan perjalanan pelancongan ini yang dianugerahkan kepada saya melalui al-Qur'an al-Kanm. Saya berjaya mengatasi kesukaran tersebut dengan wasilah tersebut. Saya mula mengatur langkah demi langkah. Saya melihat jasad dan mayat para pelancong bergelimpangan di tepi jalan, di sana sini. Hanya seorang dalam seribu orang yang berjaya menghabiskan perjalanan pelancongan ini. Walau bagaimanapun, saya terselamat daripada kegelapan awan yang mencekik itu dan saya berjaya sampai ke sebelah sana bumi. Saya menemui matahari hakikat yang indah, saya merasai tiupan angin yang segar dan saya mula bersiar-siar di dalam dunia yang indah seperti syurga itu, seraya mengulang-ulangkan perkataan 'Alhamdulillah'.

Kemudian saya tidak ditinggalkan begitu saja di sana. Terdapat seorang yang seolah-olahnya mahu menunjukkan satu jalan lain kepada saya. Lantas dengan segera dia mengembalikan saya ke tempat permulaan saya tadi iaitu di padang pasir yang luas itu. Saya melihat, tiba-tiba saya mendapati beberapa benda berjatuhan dari atas seperti lif-lif elektrik turun ke bawah dalam pelbagai bentuk. Sebahagiannya menyerupai kapal terbang, sebahagian lain menyempai kereta dan sebahagian lain menyerupai bakul-bakul yang bergantungan. Mana-mana manusia yang boleh bergantung dengan salah satu benda tersebut, berdasarkan kekuatan dan kesediaannya, dia akan diangkat ke atas. Lalu saya menaiki salah satu daripada benda tersebut. Tiba-tiba, dalam satu minit sahaja, saya sudah berada lebih tinggi daripada awan, di atas kemuncak pergunungan yang indah dan menghijau. Awan hanya berjaya sampai separuh ketinggian gunung itu sahaja. Di setiap tempat kelihatan terdapat cahaya yang indah, air yang lazat dan bayu yang lembut. Ketika saya melayangkan pandangan ke selumh pelosok tempat tersebut, saya nampak mmah-rumah bercahaya yang menyerupai lif, bertaburan di segenap tempat. Saya juga telah melihat seumpamanya di sebelah sana bumi dalam dua perjalanan saya sebelum ini, tetapi saya tidak memahami apa-apa. Namun saya sekarang memahami bahawa rumah-rumah tersebut sebenarnya ialah jelmaan kepada ayat-ayat al-Qur'an al-Karim.

Demikianlah, jalan pertama ialah jalan orang yang sesat sebagaimana yang diisyaratkan oleh perkataan (***), iaitu jalan orang yang tergelincir daripada kefahaman sebenar dengan mengambil konsep tabi'i (nature) dan mempelopori pemikiran golongan naturalis. Anda semua telah merasai bagaimana kesukaran yang terpaksa ditempuh untuk sampai kepada hakikat melalui jalan yang penuh dengan masalah dan halangan.

Jalan kedua ialah jalan yang diisyaratkan oleh perkataan (***), iaitu jalan para penyembah sebab - musabab, dan orang yang memberikan sifat 'mencipta' dan 'mengadakan' kepada perantaraan (makhluk). Mereka juga menyandarkan 'pengesanan' (al-ta'thir) kepada perantaraan tersebut. Mereka mahu mencapai hakikat makrifat Allah (s.w.t) melalui jalan akal dan pemikiran semata-mata. Mereka adalah seperti golongan ahli falsafah al-Masha'iyun.

Manakala jalan ketiga yang diisyaratkan oleh perkataan (***) ialah jalan lurus, serius dan bercahaya bagi ahli al-Qur'an. la menjadi jalan yang paling pendek, paling selamat dan paling mudah. la terbuka di hadapan semua orang untuk melalumya. la merupakan jalan langit, kerahmatan dan cahaya.

Tujuan Kedua

(Khusus tentang perubahan zarah atau atom)

Mengisyaratkan kepada salah satu zarah daripada khazanah ayat al-Qur'an berikut:

Maksudnya: "Z)a« orang-orang yang kajlr berkata: "Hari kiamat ilu tidak akan datang kepada kami. " Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib! Hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. " Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debit yang ada di langit atau di bumi dan tidak adayang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. " (Saba' 34:3)

Tujuan mi menjelaskan secebis zarah daripada khazanah agung bagi ayat tersebut. laitu la menjelaskan permata yang dikandungi oleh peti kecil zarah tersebut. la juga menyentuh sebahagian yang amat kecil danpada pergerakan dan tugas sesuatu zarah. Ini dijelaskan di dalam tiga noktah dan didahului oleh mukadimah.

Mukadimah

Perubahan dan perlegaran zarah-zarah merupakan gambaran kepada gegaran dan perpindahannya ketika berlaku penulisan kalam kekuasaan Ilahi bagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang berbentuk (kejadian) (takwini) pada kitab alam ini. la bukanlah seb gaimana yang disangka-kan oleh golongan materialis dan naturalis yang mengatakan bahawa ia menjadi mainan 'kebetulan' melalui pergerakan 'tak tentu' yang tidak mempunyai sebarang makna dan tujuan. Ini kerana setiap zarah akan berkata pada permulaan pergerakannya: "Bismillah", sebagaimana yang diucapkan oleh sekalian benda yang wujud. Juga kerana zarah itu memikul bebanan-bebanan yang keberatannya jauh melebihi daripada kemampuannya yang terbatas. Seperti biji benih pohon pain yang memikul batang pohonnya yang besar di atas bahunya. Kemudian setelah selesai melaksanakan tugasnya, ia berkata: "Alhamdulillah", kerana ia menzahirkan kesan yang indah, seolah-olah ia mengungkap-kan satu kasidah yang cemerlang untuk memuji Tuhan Pencipta Yang Maha Mulia, kerana keindahan kualiti yang terdapat di dalam ciptaan-Nya, serta keindahan gambaran yang menunjukkan pengertian men-dalam yang dibingungi oleh akal. Jika anda mahu, anda boleh melihat buah delima dan jagung dengan mendalam.

Ya! Sesungguhnya perubahan dan perpindahan zarah-zarah, merupakan pergerakan dan gegaran yang mempunyai pengertian yang mendalam. la lahir daripada penulisan kalimah-kalimah kekuasaan Ilahi dan pemadamannya pada papan (lawh) pemadaman dan penetapan (al-mahw wa al-ithbat), yang merupakan hakikat zaman yang sentiasa berjalan dan lembarannya yang mithali. Penulisan kalam kekuasaan Ilahi itu disalin daripada kitab yang jelas (al-kitab al-mubin) yang menjadi tanda kepada kudrat dan iradat Allah (s.w.t). la juga merupa-kan paksi pengurusan untuk mengadakan dan membentuk sesuatu daripada dunia kenyataan dan zaman sekarang, berdasarkan perlembagaan al-Qur'an yang menjadi paksi kepada seluruh ciri-ciri asasi, ciri-ciri rantingan dan keistimewaan segala sesuatu, iaitu menjadi paksi kepada asal setiap benda yang telah lalu, mahupun keturunan yang akan datang, yang berada di dalam lipatan alam ghaib. la juga menjadi tanda kepada ilmu Ilahi dan segala urusan pemerintahannya. (*)

(*) (Perkataan al-imam al-mubin dan al-kitab al-mubin disebutkan bebcrapa kali di dalam al-Qur'an. Sesetengah ahli tafsir mengatakan bahawa kedua-duanya mempunyai makna yang sama. Manakala sesetengah yang lain mengatakan bahawa maknanya berbeza dan mereka menafsirkan hakikatnya dengan beberapa sudut yang berbeza Kesimpulan penafsiran mereka, bahawa kedua-dua perkataan tersebut merupakan dua tanda yang menunjukkan kepada ilmu Ilahi. Akan tetapi saya yakin sepenuhnya - melalui limpahan al-Qur'an terhadap saya - bahawa perkataan al-imam al-mubin merupakan satu tanda kepada satu jenis itmu Ilahi, yang lebih tertuju kepada alam ghaib daripada alam kenyataan, iaitu ia lebih tertuju kepada masa lalu dan akan datang daripada tertuju kepada masa sekarang. Dengan kata-kata lain, ia merupakan rekod bagi qadar (takdir) Ilahi yang melihat kepada asal dan keturunan segala sesuatu. Melihat akar umbi dan biji benihnya lebih dahpada melihat kepada kewujudan zahirnya. Kewujudan rekod ini telah dibuktikan dalam Kalimah Kedua Puluh Enam dan juga pada catatan bawah Katimah Kesepuluh. Ya! Al-Imam al-mubin ini merupakan tanda bagi satu jenis ilmu Ilahi. Ini bermakna bahawa pengeluaran dan penghasilan besar, umbi dan asas sesuatu dalam keadaan yang amat baik dan sempurna, menunjukkan bahwa sistem dan kesempurnaan ini berlaku berdasarkan rekod perlembagaan ilmu Ilahi. Kerana natijah, hasil, keturunan atau benih sesuatu merupakan rekod kecil kepada titah penntah Ilahi kerana ia mengandungi pelbagai program dan senarai segala benda yang wujud, maka bolehlah kita katakan, bahawa biji benih - misalnya - merupakan gambaran terhadap pelbagai program dan senarai kecil yang dibentuk bagi seluruh bahan yang akan membentuk susunan pohon yang besar. Biji benih itu juga merupakan gambaran kepada arahan-arahan pembentukan (al-takwiniyah) yang menentukan pelbagai bentuk dan senarai itu.

Kesimpulannya, bahawa Al-Imam al-mubin lalah senarai dan pelbagai program bagi pohon penciptaan, yang segala akar, dahan dan rantingnya menjangkau masa lalu, akan datang dan alam yang ghaib. Dengan pengertian ini, ia menjadi rekod Ilahi dan bermacam-macam buku kepada perlembagaannya. Segala zarah diheret untuk bergerak dan melaksanakan tugasnya di dalam segala benda melalui penulisan dan hukum perlembagaan tersebut.

Manakala al-kitab al-mubin pula lebih tertuju kepada alam kenyataan atau penyaksian (al-shahadah) daripada tertuju kepada alam yang ghaib. laitu ia lebih melihat masa sekarang daripada melihat masa lalu dan akan datang. Oleh itu ia lebih menjadi tanda, rekod dan kitab kepada al-qudrah dan al-iradah al-ilahiyah, daripada menjadi tanda kepada itmu dan perintah Ilahi. Dengan ungkapan lain, jika al-imam al-mubin adalah menjadi rekod kepada qadar (takdir) Ilahi, maka al-kitab al-mubin menjadi rekod kepada kekuasaan Ilahi (al-qudrah al-Ilahiyah). Maksudnya, ketertiban dan kualiti yang ada pada kewujudan, keperibadian, sifat dan hal ehwal sesuatu menunjukkan kewujudan telah disimbahkan ke atas sesuatu itu, membentuk gambarannya, menentukan kadarnya dan memberikan bentuknya yang khusus, berdasarkan perlembagaan kudrat yang sempuma dan undang-undang iradah yang berkesan. Maka qudrah dan iradah ilahiyah itu mempunyai undang-undang umum dan khusus, terpelihara dalam rekod agung, yang menghurai dan memberikan bentuk pakaian yang tertentu kepada setiap sesuatu, berdasarkan undang-undang tersebut. Kewujudan rekod ini telah terbukti dan disabitkan di dalam risalah al-qadar al-ilahiyan wa al-juz' al-ikhtiyari, sebagaimana terbukti juga kewujudan al-imam al-mubin di dalam risalah tersebut.

Lihatlah kedunguan para ahli falsafah yang sesat dan alpa! Mereka merasakan kewujudan loh mahfuz bagi kekuasaan Ilahi yang menciptakan. Mereka juga merasakan kehadiran fenomena-fenomena kitab yang melihat hikmat rabbani dan iradahnya yang terlaksana ke atas segala benda. Mereka juga perasan akan pelbagai gambaran dan contohnya, tetapi mereka menamakannya tabi'i (nature), lantas mereka memadamkan cahayanya. Maha Suci Allah!

Demikanlah, melalui arahan daripada al-kitab al-mubin, iaitu dengan hukum danpada takdir Ilahi dan perlembagaannya yang mesti dilaksanakan, al-qudrah al-ilahi\yah menulis - ketika mengadakan siri benda-benda yang wujud yang kesemuanya menjadi tanda - mengadakan dan menggerakkan zarah-/arah di atas papan pemadaman dan pcnetapan (al-mahw wa al-ithbat) yang merupakan lembaran mithali kepada zaman

Gerakan-gerakan zarah hanyalah gegaran dan gerakan yang berlaku ketika benda-benda yang wujud melintas - ketika berlaku penulisan dan penyalinan tersebut - dan alam yang ghaib kepada alam yang nyata, iaitu daripada ilmu kepada kudrat. Papan pemadaman dan penetapan pula menjadi rekod yang sentiasa berubah daripada loh mahfuz yang lebih besar, sabit dan berpanjangan. Papan penulisan dan pemadaman (al-kitabah wa al-mahw) pula berada di dalam kawasan benda-benda mumkinat (bukan wajib al-wujud), yakni 1 merupakan rckod bagi benda-benda yang sentiasa terdedah kepada mati dan hidup, kepada kebmasaan dan kehidupan. kerana inilah hakikat masa (zaman). Ya! Sebagaimana setiap benda mcmpunyai hakikatnya, maka hakikat apa yang kita namakan sebagai zaman yang sentiasa berjalan bagaikan sebuah sungai besar di dalam alam ini, sebenamya la sama dengan sehelai kertas dan dakwat yang digunakan bagt menulis al-qudrah al-ilahiyah di atas papan pemadaman dan penetapan. Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib. - Pengarang. )

 

Noktah Pertama

Mengandungi Dua Perbahasan

Perbahasan Pertama

Apabila setiap zarah bergerak dan diam, terpancar dua cahaya tauhid. Kedua-duanya ibarat matahari yang memancar. Kami telah mem-buktikan dengan ringkas dan penuh keyakinan dalam Isyarat Pertama daripada Kalimah Kesepuluh dan kami menjelaskan lagi dalam Kalimah Kedua Puluh Dua, bahawa jika setiap zarah itu tidak di-perintah dengan perintah-perintah daripada Allah (s.w.t.) dan jika ia tidak bergerak dengan keizinan dan perbuatan-Nya dan jika ia tidak berubah dengan ilmu dan kudrat-Nya, nescaya pasti setiap zarah itu mempunyai ilmu yang tidak berkesudahan, kudrat yang tidak ber-sempadan, penglihatan yang melihat segala sesuatu, wajah (sudut) yang dengannya ia menghadapkan mukanya kepada segala sesuatu dan perintah yang terlaksana pada segala sesuatu.

Ini adalah kerana setiap zarah sesuatu bekerja - atau boleh bekerja -melakukan pekerjaan yang tersusun di dalam jisim setiap benda hidup. Perlu disebutkan di sini bahawa sistem setiap benda dan undang-undang penyusunannya berbeza antara satu sama lain. Sesuatu tidak boleh dilakukan selagi tidak diketahui sistemnya. Jika zarahnya tetap melakukan sesuatu (dalam keadaan tidak mengetahui sistemnya) pasti ia akan melakukan kesalahan. Tetapi apa yang berlaku, kita mendapati bahawa segala pekerjaan dilakukan tanpa berlaku kesilapan. Jadi mungkm zarah tersebut bekerja mengikut perintah orang yang memiliki ilmu yang meliputi segala sesuatu dan dengan keizinan, ilmu serta iradah-Nya atau mungkin juga zarah itu sama-sama mempunyai ilmu yang meliputi dan kudrah yang mutlak!

Setiap molekul udara, mampu untuk memasuki badan setiap benda hidup, buah, bunga dan binaan daun, serta bekerja di dalamnya, sedangkan binaan dan susunan sistem setiap benda tersebut berbeza antara satu sama lain. Kalaulah kilang buah tin - misalnya - serupa dengan kilang tekstil, nescaya kilang buah delima juga sama dengan kilang membuat gula. Sedangkan reka bentuk dan binaan kilang kedua-duanya berbeza antara satu sama lain.

Molekul-molekul udara ini masuk atau boleh masuk ke dalam setiap daripada benda-benda tadi dan dengan penuh kemahiran dan kebijaksanaan, ia boleh bekerja dan mengambil kedudukan tertentu di dalamnya. Kemudian setelah tugasnya selesai, ia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan tugasnya.

Demikianlah keadaan molekul yang bergerak di udara yang juga bergerak. la hanya berada di dalam salah satu danpada dua keadaan sahaja. Sama ada ia mengetahui gambaran-gambaran yang dipakaikan kepada semua jenis binatang dan tumbuh-tumbuhan, buah-bur.han dan bunga-bungaannya dan mengetahui juga sukatan serta kadar setiap benda itu dan reka bentuk binaannya, atau molekul itu diperintahkan melalui satu perintah yang datang daripada seseorang yang mengetahui segala perkara tersebut dan bekerja berdasarkan iradah-Nya.

Ada seorang pergi ke Eropah, dalam keadaan tidak mengetahui langsung tentang sarana-sarana tamadun, di samping itu dia juga buta. Jika orang ini datang ke sana (Eropah) dan memasuki kesemua makmal dan kilang, serta dapat melakukan pembuatan benda-benda yang menakjubkan di dalam berbagai-bagai bentuk bangunan, dalam keadaan penuh tersusun, kebijaksanaan dan kemahiran yang menghairankan akal, maka sudah tentu seseorang yang mempunyai walaupun secebis perasaan akan mengetahui dan menyedari secara yakin bahawa orang tersebut tidak melakukan kesemua perkara tersebut dengan sendiri, bahkan terdapat seorang pakar yang menunjuk ajar dan mem-bimbingnya bagaimana melaksanakan segalanya,

Jika terdapat seorang yang tidak berupaya, buta, tempang, terperuk di dalam pondok usangnya, tidak dapat bergerak, kemudian dibawa masuk kepadanya sedikit anak batu, sepotong tulang dan sepotong kapas; tiba-tiba pondok usangnya itu mengeluarkan bertan-tan gula, bergulung-gulung tekstil, ribuan ketul permata, bersama dengan pakaian yang paling cantik dan perhiasan yang paling membanggakan, di samping makanan-makanan yang amat lazat; maka tidakkah seseorang yang mempunyai secebis akal fikiran akan berkata bahawa lelaki yang buta dan tempang itu, hanyalah seorang jaga kepada kilang yang hebat dan khadam kepada seorang tuan yang memiliki mukjizat?

Begitulah juga dengan gerakan-gerakan zarah udara, serta bagaimana ia bekerja pada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, bunga-bungaan dan buah-buahan. Setiap satu daripadanya merupakan penulisan ketuhanan yang diperlukan oleh sekalian makhluk. Setiap satunya juga merupakan keindahan pcnciptaan rabbani, mukjizat kudrat ilahi dan keluarbiasaan hikmat Ilahi. Zarah-zarah tersebut tidak akan bergerak dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain melainkan dengan arahan Tuhan Yang Maha Membuat Lagi Maha Bijaksana, yang mempunyai kcmuliaan dan dengan kehendak Tuhan Yang Maha Mencipta Yang Maha Mulia dan yang mempunyai keindahan.

Bandingkan keadaan ini dengan zarah tanah yang menjadi tempat tumbuh tangkai yang hanya berasal daripada biji benih sahaja. Setiap satunya mcnjadi mesin menakjubkan yang berbeza antara satu sama lain Setiap satunya juga merupakan papan tanda yang mengiklankan nama-nama Allah yang baik, berbeza dengan yang lain. Setiap satunya juga merupakan qasidah terpelihara yang memberikan pujian terhadap kesempurnaan Allah (a.w.j). Tidak -syak.,lagi, biji-biji benih tersebut tidak menjadi tempat tumbuh pokok dan tumbuh-tumbuhan melainkan dengan arahan Allah yang memiliki perintah kun fa yakun. Setiap benda tunduk kepada perintah-Nya, tidak bekerja melainkan dengan keizinan, iradah dan kekuatan-Nya. Inilah keyakinan yang teguh dan pasti. Kami beriman!

Perbahasan Kedua

Perbahasan ini merupakan ibarat isyarat mudah yang ditujukan kepada pelbagai tugas dan hikmat yang terdapat pada pergerakan zarah.

Golongan materialis yang akal mereka turun kepada mata, melihat hanya benda sahaja. Mereka melihat kewujudan ini dengan hikmat kebijaksanaan mereka yang kosong daripada kebijaksanaan dan falsafah mereka yang berdasarkan kepada kesia-siaan: bahawa segala pertukaran zarah yang berlaku terikat dengan 'ketidaksengajaan' (kebetulan), sehingga mereka menjadikannya sebagai kaedah yang jitu bagi semua perlembagaan mereka. Mereka juga menjadikannya sebagai sumber kewujudan makhluk-makhluk yang rabbani (ciptaan tuhan).

Sesiapa yang mempunyai sezarah akalpun dengan yakin mengetahui betapa jauhnya mereka daripada kelogikan akal, ketika mereka menyandarkan makhluk yang dihiasi dengan hikmat kebijaksanaan yang semula jadi ini kepada sesuatu yang bercampur aduk secara tidak teratur dalam keadaan tidak mempunyai sebarang hikmat dan pengertian.

Menurut perspektif dan hikmat al-Qur'an, ia melihat bahawa segala perubahan zarah yang berlaku, mempunyai hikmat yang amat banyak dan matlamat yang tidak terhitung serta tugasan yang tidak terhad.

Perkara ini diisyaratkan oleh ayat berikut:

Maksudnya: "Dan tiada sesuatupun kecuali bertasbih dengan memuji-Nya. " (Al-Isra' 17:44)

Banyak lagi ayat lain yang mengisyaratkan perkara yang sama.

Sebagai contoh, di sini kami mengisyaratkan kepada beberapa ayat tersebut sebagaimana berikut:

Pertama:  Sesungguhnya Allah (s.w.t) menggerak dan mem-pergunakan zarah-zarah tersebut 'dengan kudrat-Nya bagi membaharui penjelmaan proses pengadaan pada sekalian makhluk. Dia menjadikan setiap roh sebagai model. Pada setiap tahun Dia memakaikan roh tersebut dengan jasad baru yang terdiri daripada mukjizat kudrat-Nya. Dari kitab yang satu, Dia menyalin ribuan kitab yang pelbagai ber-dasarkan kebijaksanaan-Nya yang sempurna. Dia men-zahirkan satu hakikat di dalam bentuk dan gambaran yang bermacam-macam. Dia melapangkan sesuatu tempat dan mempersiapkannya bagi menerima kedatangan makhluk, alam dan kewujudan yang baru, sekumpulan demi sekumpulan.

Kedua:  Sesungguhnya Tuhan yang memiliki kerajaan dan kebesaran telah mencipta dunia ini - terutamanya per-mukaan bumi ini - dalam bentuk sebuah ladang yang besar. Dia mempersiapkannya supaya dapat menerima pem-besaran segala hasil mahsul, pembesaran segala makhluk yang wujud, pertukaran keadaannya dan perkembangannya. Atau dengan kata lain, Dia mempersiapkan bumi ini untuk discmai dengan mukjizat-mukjizat kudrat-Nya yang tidak berpenghujung dan kemudian untuk menuai hasilnya.

Pada setiap zaman, pada setiap musim, pada setiap bulan, pada setiap hari, bahkan pada setiap detik, Allah (s.w.t) menonjolkan beberapa makhluk baru bagi memperlihatkan mukjizat kudrat-Nya. Allah memberikan pelbagai peng-hasilan baru kepada permukaan bumi ini dengan meng-gerak dan menugaskan zarah-zarah berdasarkan kebijak-sanaan yang sempuraa dan sistem yang kemas. Dengan gerakan zarah-zarah ini, Allah (s.w.t) menjelaskan hadiah-hadiah kerahmatan-Nya yang lahir daripada khazanah-Nya dan model-model mukjizat kudrat-Nya yang tidak pernah kenng serta kehabisan.

Ketiga:  Allah (s.w.t) menggerak dan mempergunakan zarah-zarah dengan kebijaksanaan yang sempurna pada beberapa tugasan yang tersusun, bagi menampilkan keindahan sekalian makhluk yang wujud, agar nama-nama Allah yang baik itu (al-asma' al-husnd) sentiasa menggambarkan penjelmaan pengertiannya yang tidak berpenghujung. Oleh itu, di suatu tempat yang sempit, Allah (s.w.t) menonjolkan gambaran-gambaran keindahan tidak terbatas yang me-nunjukkan penjelmaan-penjelmaan yang tidak ber-penghujung itu dan Dia menulis bilangan yang tidak terhingga bagi tanda kekuasaan-Nya, terbentuk di atas sekeping lembaran yang sempit, yang menjelaskan pengertian-pengertian tinggi yang tidak terhad.

Ya! Penghasilan tahun lalu dan tahun ini dari segi hakikat-nya adalah sama, namun pengertian serta petunjukan yang tersirat di sebaliknya amat berlainan sama sekali. Kerana berlakunya pertukaran 'penentuan perkiraan' akan me-nyebabkan berlakunya pertukaran pengertian, dengan ia bertambah dan menjadi lebih banyak. Meskipun 'penentuan perkiraan' dan penampilan sementara merupakan per-ubahan yang kedua-duanya akan binasa pada zahirnya, tetapi pengertiannya rtu karan yang indah sentiasa ter-pelihara dan berkekalan selamanya.

Daun-daun, bunga-bungaan dan buah-buahan sesuatu pokok yang terbit pada musim bunga tahun lalu - kerana la tidak mempunyai roh seperti manusia - merupakan daun, bunga dan buah yang terbit pada musim bunga tahun ini, jika dipandang dari sudut hakikat, sekalipun ada perbezaan dari sudut penempatan kepada penampilan tersebut.

Penampilan pada musim bunga tahun ini datang untuk mengambil tempat penampilan yang telah datang pada musim bunga tahun lalu. Ini berlaku dengan tujuan memperlihatkan hal ehwal al-asma' al-husna yang sentiasa segar penjelmaannya sepanjang masa.

Keempat: Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan mem-punyai kebesaran, menggerakkan zarah-zarah di dalam ladang dunia ini yang sempit dan menenunnya di kilang bumi, dengan menjadikan seluruh makhluk yang wujud ini sentiasa bergerak dan berpindah. Ini dilakukan-Nya demi mewujudkan keserasian terhadap keperluan, perhiasan dan penghasilan bagi alam-alam luas yang tidak terbatas, seperti calam al-mithal, alam al-malakat yang amat luas itu dan alam-alam akhirat lain yang tidak terbatas. Allah mempersiapkan penghasilan dan banyak natijah yang maknawi kepada bumi yang kecil ini, bagi alam yang amat luas dan besar itu. Allah mengalirkan banjir yang tidak berkesudahan daripada bumi ini, yang terbit daripada khazanah kudrat-Nya yang mutlak, lalu dicurahkan ke dalam alam al-ghayb dan sebahagian daripadanya dicurahkan ke dalam alam akhirat.

Kelima: Allah (s.w.t) menggerakkan zarah-zarah itu dengan kudrat-Nya dengan penuh kebijaksanaan dan mempergunakannya pada tugasan-tugasan yang tersusun kemas, bagi menampil-kan kesempurnaan sifat ketuhanan-Nya yang tidak ke-habisan, kilasan keindahan-Nya yang tidak bersempadan, penjelmaan kebesaran-Nya yang tidak berakhiran dan penyucian rabbaniyah yang tidak terhitung di atas per-mukaan bumi yang sempit dan terbatas ini. Akan tetapi semuanya itu dalam tempoh masa yang sedikit dan terbatas. Allah (s.w.t) menjadikan segala makhluk yang wujud bertasbih, dengan tasbih yang tidak berkesudahan, dalam tempoh masa dan tempat yang terbatas, bagi menjelaskan bahawa jelmaan-jelmaan-Nya yang indah, sempurna dan agung secara mutlak itu merupakan pewujud kepada pelbagai hakikat perkara ghaib, buah akhirat, keindahan ideal - yang digambarkan melalui benda-benda yang binasa namun identitinya tetap kekal - dan pelbagai tenunan kebijaksanaan. Yang menggerakkan zarah, menampilkan bermacam-macam matlamat yang agung dan hikmat yang hebat ini ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Tunggal. Jika bukan demikian, maka setiap zarah akan memerlukan sebuah akal sebesar matahari!

Terdapat banyak lagi contoh yang menerangkan hikmat pertukaran zarah yang digerakkan berdasarkan kebijaksanaan yang hebat, sebagai-mana kelima-lima contoh yang telah ditampilkan di atas. Kemungkinan contoh yang dapat didatangkan berjumlah lebih daripada lima nbu, tetapi golongan ahli falsafah yang dungu menyangka bahawa ia kosong, tidak mengandungi sebarang hikmat!

Mereka mendakwa - pada hakikatnya - bahawa semua zarah yang bergerak itu bergerak dalam kemabukan dan ketidaksedaran rabbani dalam dua dimensi, secara menegak dan mengikut pernafasan. Zarah-zarah tersebut sebenarnya bergerak sebagaimana seorang murid berzikir dan bertasbih sehingga berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar. Jadi pergerakan-pergerakan yang terhasil berlaku dengan sendiri. la menari dan berpusing-pusing dalam keadaan kebingungan.

Dari sini, kita mengambil kesimpulan bahawa ilmu para ahli falsafah sebenarnya bukanlah ilmu, bahkan ia merupakan kejahilan. Hikmat mereka juga ialah perkara karut yang kosong daripada memiliki sebarang hikmat!

(Kami akan menyebut hikmat keenam secara terperinci di dalam noktah ketiga)

Noktah Kedua

Pada setiap zarah terdapat dua saksi yang menyaksikan kewujudan Allah dan keesaan-Nya.

Ya! Zarah yang menjalankan tugas dan memikul bebanan amat berat yang melebihi kemampuannya itu, walaupun lemah dan beku, dengan penuh kesedaran, ia menyaksikan dengan penyaksian yang terputus dari kewujudan Allah (s.w.t).

la juga memberikan penyaksian yang benar terhadap keesaan Allah (s.w.t) dan ketunggalan Tuhan yang menjadi raja kepada segala kerajaan, dengan melakukan penyelarasan dan penyerasian terhadap segala pergerakannya dengan sistem umum yang berlaku di atas muka bumi dengan mengambil kira sistem tersebut, di mana saja ia berada, dengan menjadikan zarah itu menetap di mana saja ia berada. Siapakah yang memiliki zarah-zarah tersebut? Tempat-tempat yang dilawati oleh zarah tersebut ialah kerajaan orang itu, dengan makna bahawa sesiapa yang memiliki zarah-zarah tersebut, maka semua ternpat yang dilalui oleh zarah tersebut juga adalah miliknya.

Oleh sebab sesuatu zarah itu lemah, ditambah lagi dengan bebanannya yang berat dan tugasannya yang banyak tidak terkira, ini semua menunjukkan bahawa ia berdiri dan bergerak di bawah kuasa dan dengan perintah Tuhan yang amat berkuasa dan yang mempunyai kudrat yang mutlak.

Kemudian pergerakan zarah-zarah tersebut yang selaras dan serasi dengan sistem-sistem umum dan menyeluruh yang digunakan di seluruh bumi, menunjukkan seolah-olah la mengctahui kesemua sistem tersebut dan kejayaan zarah-zarah tersebut rnemasuki setiap ternpat tanpa sesuatu yang menghalangnya. Ini semua menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut melakukan perbuatannya itu dengan kudrat (kekuatan) Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Mcngetahui, yang mem-punyai ilmu yang mutlak dan hikmat dan kebijaksanaan yang luas.

Ya! Setiap tcntera mempunyai hubungan dengan platun, kompeni, batalion, briged dan divisyennya. Dia juga mempunyai tugas tcilentu dalam setiap bahagian di atas berdasarkan hubungannya itu. Penyelarasan dan penyeragaman pergerakan melalui seluruh hubungan dan ikatan tersebut berlaku dengan pengetahuannya dan dengan mengetahui tugas-tugasnya pada setiap penngkat kumpulan tersebut, di samping tetap menjalankan tanggungjawab ketenteraan, seperti menjalani latihan dan menerima taklimat menurut salurannya. Dan semua irn pula hanya beriaku dengan mcmatuhi arahan pimpman tertinggi yang mengetuai seluruh bahagian tersebut dan mengikut peraturannya yang telah ditetapkan.

Bagaimana keadaan seseorang tentera, begitulah juga keadaan setiap zarah yang tersusun di dalatn sesuatu tempat. la mempunyai kedudukan yang selaras dan seragam di setiap tempat yang didudukinya itu. Pelbagai kedudukan sesuai yang menjadi dasar kepada kepentingan yang bermacam-macam. Berbagai-bagai tugasan tersusun. Beberapa natijah berbeza mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Oleh itu sudah pastilah perletakan zarah-zarah tersebut di antara tiap-tiap kenderaan yang dinaikinya dengan satu perletakan yang tidak mencacatkan natijah dan hikmat yang terbit daripada hubungan dan tugasan itu, di samping terpelihara keseluruhan hubungan dan tugasan itu daripada sebarang kecacatan, merupakan ciri khusus yang hanya dimiliki oleh Tuhan Yang Maha Memiliki, yang di tangan-Nya terletak kunci segala sesuatu.

Sebagai contoh: Zarah yang berada di dalam anak mata Taufiq (Tevfik) (Penulis (pcnyalm) pcrtama Risalah al-nur.) mempunyai hubungan dengan urat saraf pergerakan dan deria rasa mata. Juga mempunyai hubungan dengan segala macam saluran dan pembuluh (urat) darah yang terdapat di dalam mata. Juga mempunyai hubungan dengan muka, kepala dan keseluruhan badan, bahkan dengan seluruh seseorang manusia itu sendiri. Di samping zarah itu ia turut mempunyai tugas dan faedah tertentu pada setiap hubungan tersebut.

Kcwujudan hubungan pada setiap benda yang dinyatakan di atas, serta segala hubungan dan faedah yang diperolehi di sebaliknya, beserta dengan hikmat kcbijaksanaan yang sempurna dan ketelitian yang halus, menjelaskan bahawa:

Yang mencipta jasad dengan segala anggota-anggotanya, Dialah yang menempatkan zarah tersebut pada tempat itu, terutamanya zarah yang mendatangkan rezeki. Zarah yang berjalan dan bermusafir bersama-sama dengan kafilah rezeki, melakukan perjalanan dan pemusafiran itu dengan penuh ketertiban dan melancong dengan hikmat kebijak-sanaan yang raembingungkan akal fikiran. Kemudian zarah tersebut memasuki pelbagai peringkat dan meneroka bermacam-macam lapisan dengan sistem yang halus dan teliti. Dia melangkah dengan langkah yang penuh kesedaran, tanpa melakukan sebarang kesilapan. Zarah itu datang secara berperingkat kepada jasad yang hidup, lalu ia (zarah itu) dibersih dan ditapis dengan menggunakan empat jenis penapis, hingga ia sampai kepada seluruh anggota badan dan bilik-bilik kecil yang memerlukan rezeki. Lalu zarah itu memberikannya rezeki yang datang dalam bentuk bebola merah dalam darah dan membantunya berdasarkan undang-undang 'kemurahan'.

Secara semula jadinya, dapat difahami daripada keterangan di atas bahawa orang yang dapat menjalankan zarah ini sehingga dapat melalui ribuan rumah dan tingkatan yang berbeza, serta membawanya dengan penuh hikmat, sudah pasti dan tidak syak sedikitpun, ialah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki Lagi Maha Mulia, Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Penyayang. Segala bintang dan zarah yang halus, pada tanggapan kudrat-Nya, sama sahaja.

Kemudian setiap zarah itu pula melakukan pembentukan satu gambaran indah dan ukiran menakjubkan pada makhluk, dengan dua andaian.

Pertama, mungkin ia berada pada tempat seorang pemerintah yang menguasai setiap zarah dan menguasainya juga secara keseluruhan; dan dalam masa yang sama, zarah itu juga terikat dengan arahan setiap zarah tersebut sama ada secara satu persatu atau secara kolektif. la mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang gambaran indah yang membingungkan akal dan ukiran cemerlang yang dipenuhi hikmat, lalu ia (zarah) mewujudkannya. Andaian ini mustahil, seribu kali mustahil!

Ataupun mungkin zarah itu berada di bawah arahan dan pergerakannya lahir danpada kalam kudrat Allah (s.w.t.) serta undang-undang takdir-Nya.

Sebagai contohnya lagi, jika batu-batu yang ada pada kubah Aya Sotla tidak mematuhi arahan para pembinanya, mungkin setiap biji batu itu sendiri amat mahir untuk melakukan pembinaah, seperti juru-bma Sinan, (Seorang arkitek Turki yang tersohor (1489-1578). Telah menyelia pembinaan banyak masjid, antara yang terpenting ialah Masjid Sulaymiyah, Masjid Sulaymaniyah dan Masjid Saykh Zadah – Penterjemah) iaitu dia sendiri menjadi pemberi arahan kepada batu-batu. yang lain dan dalam masa yang sama ia juga tunduk kepada perintah batu-batu yang lain. Maksudnya, ia sendiri boleh memerintah batu-batu yang lain dengan berkata: "Wahai para batu, hendaklah kita bersatu supaya kita tidak runtuh!" Begitu juga keadaannya dengan zarah-zarah yang ada pada sekalian makhluk yang kedudukannya ribuan kali lebih menunjukkan kebolehan kreativiti, keindahan, ketelitian, ketakjuban dan kebijaksanaan yang lebih tinggi daripada kubah yang terdapat pada Aya Sofia. Jika sekiranya zarah-zarah tersebut tidak berada dalam keadaan tunduk patuh kepada perintah Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Agung, Tuhan yang mencipta alam ini, maka seharusnya anda memberikan sifat kesempurnaan -yang tidak layak dibenkan melainkan kepada Allah (s.w.t) sahaja -kepada setiap zarah itu.

Maha Suci Allah! Alangkah ajaibnya! Ketika golongan materialis yang zmdiq dan kufur itu mengingkari Allah yang bersifat dengan wajib al-wujud, mereka terpaksa - berdasarkan mazhab mereka -beriktikad dengan kewujudan beberapa tuhan yang palsu (batil) sebanyak bilangan zarah yang ada. Dari sudut ini, anda akan melihat bahawa orang kafir yang mengingkari kewujudan Allah (s.w.t.) sebenamya berada dalam kejahilan yang besar, bahkan dialah seorang yang jahil secara mutlak, sekalipun dia seorang ahli falsafah dan tersohor sebagai seorang ilmuwan.

Noktah Ketiga

Noktah ini merupakan isyarat kepada hikmat keenam yang agung, seperti yang dijanjikan pada penghujung noktah pertama.

Pada Kalimah Kedua Puluh Lapan yang lalu, telah disebutkan pada catatan bawah pertanyaan kedua:

Bahawa terdapat satu lagi hikmat daripada ribuan hikmat yang terkandung dalam pertukaran zarah dan pergerakannya pada jasad-jasad yang mempunyai kehidupan, iaitu pemberian cahaya kepada zarah tersebut dengan ouh (kehidupan) dan pemberian kehidupan yang bermakna agar zarah itu sesuai bagi pembinaan alam akhirat.

Ya! Semua benda hidup, sama ada haiwan ataupun manusia, bahkan tumbuh-tumbuhan sekalipun menjadi tuan rumah, pusat latihan dan sekolah pendidikan bagi zarah tersebut mendapat tunjuk ajar dan arahan. Zarah yang beku itu memasuki setiap tempat, lalu ia bercahaya, seolah-olah ia menerima segala kursus, latihan, arahan dan taklimat, dengan itu ia menjadi lembut (menurut). Melalui pelaksanaan segala tugas yang dipikulkan ke atasnya, ia mendapat kelayakan dan kemampuan untuk menjadi zarah yang akan membentuk alam baqa' dan alam akhirat yang mempunyai kehidupan yang sebenar dan mencakupi segala komponennya.

Pertanyaan: Bagaimana kewujudan hikmat ini diketahui pada pergerakan zarah tersebut?

Jawapan:

Pertama:   Kewujudannya diketahui melalui hikmat kebijaksanaan Allah Yang Maha Bijaksana. Hikmat itu sabit dengan sistem-sistem yang berjalan pada seluruh mawjudat dan dengan hikmat-hikmat yang terkandung di dalamnya. Kerana hikmat Ilahiyah yang memberikan hikmat yang amat banyak kepada satu juzuk yang kecil, sudah pasti ia tidak akan meninggalkan gerakan-gerakan zarah begitu sahaja tanpa sebarang hikmat di sebaliknya! Itulah pergerakan yang berlaku pada gerakan seluruh benda yang ada, yang menonjolkan kesannya yang besar pada kewujudan dan merupakan sebab kepada penonjolan keindahan-keindahan yang dipenuhi dengan kebijaksanaan.

Kemudian hikmat dan hakimiyah Ilahiyah yang tidak pernah mengabaikan makhluk yang paling kecil tanpa mendapat balasan, kesempurnaan dan kedudukan, hasil daripada tugasan yang dilakukannya, maka bagaimana la boleh mengabaikan orang-orang suruhan dan gunaan-Nya yang amat banyak itu - zarah-zarah - tanpa mendapat sebarang cahaya atau balasan.

Kedua: Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui menggerak dan menggunakan pelbagai elemen kimia bagi menunaikan tugas-tugas yang mulia, lalu ia 'ditingkatkan kepada peringkat mineral (galian), sebagai balasan baginya dalam menuju jalan kesempurnaan. Tuhan juga menggerak dan menggunakan zarah-zarah mineral bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu dan mengajarkannya tasbih yang khusus, setenisnya mengumiakannya martabat kehidupan kepada tumbuh-tumbuhan. Seterusnya Allah menggerakkan zarah tumbuh-tumbuhan dan me-nugaskannya dengan pelbagai tugasan serta menjadikannya sebagai rezeki kepada yang lain. Dengan itu, Allah memberikan nikmat kepadanya dengan meningkatkannya kepada martabat halus bagi haiwan. Kemudian Allah mempergunakan zarah-zarah haiwan - melalui jalan pemberian rezeki - dan mengangkatnya kepada darjat kehidupan kemanusiaan. Dan dengan melalukan zarah-zarah jisim manusia melalui beberapa penapis beberapa kali dan melalui pembersihannya dengan menjadikannya halus, Allah mengangkatnya kepada tempat yang paling halus dan mulia, yang terdapat di dalam tubuh manusia, iaitu otak dan hati.

Dari apa yang telah disebutkan sebelum ini dapat difahami bahawa gerakan zarah-zarah tidak berlaku tanpa mem-punyai sebarang faedah atau sunyi daripada sebarang hikmat. Bahkan zarah-zarah tersebut dibawa menuju ke arah suatu kesempurnaan yang layak bagiriya.

Ketiga:Sebahagian zarah yang terdapat pada benda hidup - seperti zarah pada biji benih - mencapai sejenis nur maknawi, kehalusan dan keistimewaan, sehingga ia menjadi se-umpama ouh dan penguasa terhadap zarah-zarah yang lain, dan juga terhadap pohon yang besar itu sendiri.

Peningkatan kedudukan zarah ini - antara zarah-zarah lain yang terdapat pada pohon yang besar itu - sehingga mencapai martabat tersebut, merupakan hasil daripada pelaksanaan segala tugasan dan tanggungjawabnya yang besar semasa melalui peringkat-peringkat pembesaran pohon tersebut. Ini menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut mencapai kehalusan maknawi, kedudukan tinggi dan petunjuk mulia ketika ia menunaikan tugasan fitrah yang diarahkan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana, mengikut jenis gerakan yang dilaku-kannya dan selaras dengan penjelmaan dan ketinggian al-asma' al-husna.

Kesimpulan:

Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana telah menentukan satu noktah kesempurnaan yang sesuai bagi setiap benda. Dia juga telah menentukan cahaya kewujudan yang sesuai baginya. Kemudian Allah membawa benda itu ke arah noktah kesempurnaan itu, berdasarkan kesediaan yang dikurnia-kan kepadanya.

Sebagaimana undang-undang rabbani ini berjalan pada seluruh tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ia juga berjalan pada benda-benda beku, sehingga Allah (s.w.t.) boleh mengurniakan suatu peningkatan kepada tanah biasa sehingga ke darjat menjadi berlian dan batu permata.

Daripada hakikat ini, terbongkar satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang al-rububiyyah'.

Ketika Allah Yang Maha Mencipta Lagi Maha Mulia mem-pergunakan binatang bagi melaksanakan undang-undang 'pembiakan' yang agung itu, Allah mengumiakan kelazatan yang juz'i kepada binatang itu, sebagai balasan kepada pelaksanaan tugasannya. Allah memberikan balasan kesempurnaan yang tinggi kepada binatang-binatang yang digunakan bagi melaksanakan arahan-arahan rabbani - seperti burung hantu dan lebah - dengan memberikannya kedudukan yang menyebarkan perasaan kerinduan dan kenikmatan.

Daripada hakikat ini pula, terbongkar satu lagi sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang kemurahan'.

Hakikat segala sesuatu tertuju dan terikat dengan penjelmaan salah satu nama daripada al-asma' al-husna. Setiap hakikat itu ibarat cermin yang membalikkan bagi setiap al-asma' al-husna. Sesuatu yang biar macam manapun indahnya, keindahannya itu kembali kepada kemuliaan dan ketinggian nama tersebut, sebagaimana yang dikehendakinya. Sama ada benda itu diketahui atau tidak, maka hanya kedudukan keindahannya itu sahaja yang dituntut, pada pandangan hakikat.

Daripada hakikat ini pula, terbongkar satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang pencantikan dan keindahan'.

Kedudukan dan kesempurnaan yang dikurniakan Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana kepada sesuatu, ber-dasarkan perlembagaan 'kemurahan', tidak diminta dikembali-kan setelah berlalu tempoh masa dan berakhir umur sesuatu itu. Bahkan hasil, natijah, identiti maknawi dan rohnya (sekiranya ia mempunyai roh) tetap berkekalan.

Sebagai contoh: Allah (s.w.t.) mengekalkan pengertian kesempurnaan dan hasilnya yang diperolehi oleh manusia, sehingga kesyukuran yang dilakukan oleh seseorang Mukmin terhadap buah-buahan tidak kekal yang dimakannya, akan dikembalikan oleh Allah kepadanya sekali lagi dalam bentuk buah-buahan lazat di syurga.

Daripada hakikat ini, terserlah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang rahmat'.

Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana itu sedikit-pun tidak melakukan pemborosan. Allah juga tidak melakukan sebarang perbuatan sia-sia sama sekali, kerana Allah tetap menggunakan segala benda, sehingga benda-benda runtuhan fizikal bagi makhluk-makhluk yang sudah mati sekalipun (yang sudah tamat tugasannya) pada musim gugur, digunakan semula bagi membina makhluk-makhluk yang baru pada musim bunga.

Oleh sebab itu, berdasarkan hikmat Ilahiyah, perlulah me-masukkan zarah-zarah bumi yang beku dan tidak berperasaan serta yang telah melaksanakan tugasan-tugasan yang mulia di atas muka bumi ini ke dalam satu bahagian daripada binaan akhirat yang mempunyai kehidupan (nyawa) dan perasaan terhadap segala yang terkandung di dalamnya, seperti batu-batan dan pepohonan, berdasarkan petunjuk yang dilakukan oleh ayat:

Maksudnya: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain. " (Ibrahim 14:48)

Dan berdasarkan isyarat yang dilakukan oleh ayat:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. " (Al-Ankabut 29:64)

Ini dilakukan oleh Allah, kerana meninggalkan zarah-zarah tersebut di bumi yang akan hancur, atau mencampakkannya ke dalam 'ketiadaan' begitu saja, merupakan satu pembaziran dan perbuatan sia-sia.

Daripada hakikat ini, terjelma satu sudut lagi danpada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang hikmat'.

Amat banyak daripada kesan, perkara maknawi dan hasil dunia ini, serta tenunan pekerjaan para mukallaf - seperti jin dan manusia - lembaran amalan, roh dan jasad mereka sendiri akan dihantar ke pasar dan tempat pameran di akhirat. Maka a iil dan bijaksanalah apabila zarah-zarah bumi yang mengapit dan mengirmgi hasil, permaknaan, serta lingkungan ber-hubungan yang mantap, turut dihantar bersama-sama dengan runtuhan dunia ini ke alam akhirat dan digunakan sebagai bahan binaannya. Ini semua hendaklah berlaku setelah ia menytmpurnakan segala tugasannya dan selepas ia mencapai banyak cahaya kehidupan dan memberi khidmat kepadanya, sehingga ia menjadi sarana kepada pentasbihan kehidupan.

Daripada hakikat ini, terbongkarlah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang keadilan'.

Sebagaimana roh menguasai jasad, maka arahan-arahan pem-bentukan (takwiniyah) terhadap bahan-bahan beku sebagaimana yang telah ditetapkan oleh takdir Ilahi, juga mempunyai kekuasaan terhadap bahan-bahan tersebut. Lalu arahan tersebut menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai kedudukannya dan berjalaji berdasarkan sistem tertentu selaras dengan apa yang telah disalin oleh penulisan maknawi bagi takdir (penetapan) Ilahi.

Sebagai contoh: Pada pelbagai jenis telur, air mani dan biji benih, terdapat bahan-bahan yang memperolehi berbagai-bagai jenis cahaya dan kedudukan yang berbeza, berdasarkan perbezaan 'arahan-arahan pembentukan' yang digariskan oleh takdir Ilahi dalam bentuk yang berlainan, kerana bahan-bahan itu - dari sudut ia adalah satu bahan - berada di dalam satu hakikat (Ya! Keseluruhan bahan itu terdiri daripada empat elemen, iaitu pelahir air (oksigen dan hidrogen), pelahir asid (masam), karbon dan seumpamanya. Kerana itu, kesemua bahan dari sudut susunan fizikalnya dianggap terdiri danpada bahan yang sama, tetapi yang menycbabkan pcrbezaannya ialah penulisan (penetapan) takdir yang maknawi -Pcngarang.) sahaja sebenarnya. Akan tetapi ia menjadi sarana bagi pembesaran yang tidak terbatas bagi segala mawjudat. Dengan itu ia menjadi pemilik kepada pelbagai kedudukan dan cahaya yang bermacam-macam jenis. Kerana itu, tidak dapat tidak jika terdapat satu zarah dalam sesuatu perkhidmatan kehidupan dan ia termasuk dalam kandungan tasbih rabbani yang menjadikan kehidupan itu bertasbih berkali-kali, serta melaksanakan tugasnya di sana, maka tidak syak lagi bahawa hikmat kepada pengertian tersebut akan tertulis pada dahinya yang maknawi dan dirakamkan oleh kalam takdir llahi yang tidak mencuaikan sesuatupun, berdasarkan ilmu tuhan yang menyeluruh.

Daripada hakikat ini, terjelmalah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang ilmu yang menyeluruh’

Berdasarkan kenyataan yang lalu, zarah-zarah yang ada itu tidaklah terapung-apung dan berselerak begitu sahaja.( Inilah jawapan kepada ketujuh-tujuh perenggan yang lalu. )

Natijah:

Ketujuh-tujuh hukum yang lepas, iaitu undang-undang rububiyah, undang-undang kemurahan, undang-undang keindahan, undang-undang kerahmatan, undang-undang kebijaksanaan, undang-undang keadilan dan undang-undang ilmu yang menyeluruh dan undang-undang agung yang seumpamanya, setiap satu daripadanya mengisyaratkan kepada satu sudut daripada nama-nama Allah yang agung, dan penjelmaan terbesar kepada nama-nama Allah yang agung itu. Daripada penjelmaan tersebut, difahamilahi bahawa pertukaran zarah di atas bumi ini -seperti mawjudat yang lain - juga meneroka perjalanan seperti yang telah digariskan oleh takdir Ilahi, dan selaras dengan arahan-arahan pembentukan yang diberikan oleh kekuasaan (kudrat) Ilahi, serta berdasarkan neraca ilmiah yang sensitif demi merealisasikan hikmat yang tinggi dan seolah-olah ia bersedia untuk berpindah ke alam lain yang lebih tinggi! (*)

(*) ( Kerana jelas kelihatan di hadapan mata kita bahawa penyebaran cahaya kehidupan dengan banyaknya di dunia yang tebal dan rendah ini, serta pembawaan alam ini dengan kesan yang berterusan dan dalam keadaan 'kemurahan' yang tinggi, sehingga menyebarkan cahaya kehidupan dengan banyaknya walaupun pada benda yang paling hina dan busuk, serta pengilatan bahan yang tebal dan hina itu dengan cahaya kehidupan lalu menjadikannya halus. Semuanya ini hampir menjelaskan secara terus terang bahawa Allah (s.w.t) mencairkan alam yang tebal dan beku ini, serta mengmdahkandan menggilapnya dengan gerakan-gerakan zarah dan cahaya kehidupan tersebut, adalah untuk mempersiapkannya bagi memasuki alam lain yang hidup, haius (seni), tinggi dan suci. Seolah-olah Allah menghiaskannya demi menuju alam yang seni. Maka orang yang tidak dapat memahami pengumpulan (kebangkitan semula) manusia berdasarkan akal mereka yang senipit, jika mereka meiihat dengan cahaya dan teropong al-Qur'an, nescaya mereka akan dapat melihat 'undang-undang kewujudan aslTjelas di hadapan mata, sebagaimana seluruh zarah dihimpunkan dan diperlakukan sesuka hati, umpama pengumpulan yang berlaku ke atas anggota-anggota tentera, seba yang dapat disaksikan. - Pcngarang. )

Dari sini, jasad-jasad yang hidup menjadi umpama sekolah yang menjadi tempat pemelajaran, pusat latihan dan pendidikan bagi zarah-zarah yang sentiasa berselerakan. Kita juga boleh menghukumkan dengan tanggapan yang tepat bahawa begitulah keadaan sebenar yang berlaku.

Kesimpulan:

Sebagaimana telah disebut dan dibuktikan pada Kalimah Pertama, bahawa setiap benda mengatakan 'Bismillah'. Maka zarah juga - seperti selunih mawjudat yang lain - dan setiap kumpulannya mengucapkan 'Bismillah' dengan bahasa sunyi atau organnya, di samping bergerak berdasarkan petunjuknya.

Ya! Sesungguhnya setiap zarah - berdasarkan ketiga-tiga noktah yang telah disebutkan - dengan bahasa sunyi atau organnya mengungkapkan "BismirLlahi'r-Rahmani'r-Rahim" pada permulaan pergerakannya, maskudnya: "Saya bergerak dengan nama, kekuatan, kekuasaan dan keizinan Allah, serta pada jalan-Nya". Kemudian ia - dan juga setiap kumpulannya - berkata, setelah mengakhiri pergerakannya sebagai-mana yang diucapkan oleh mana-mana makhluk, dengan bahasa sunyi atau organnya membisikkan: "Alhamduli'Llahi Rabbi'1 'Alami".